Halaman

Friday 24 October 2014

Rutin

 Aku tabik spring berpring2 dengan mak2 yang anak 4,5,6,7,8 semilan seploh dalam masa yang sama bekerja. Bagi aku wanita dan isteri bekerja ni bukan tamak atau taknak kalah dengan suami atau orang lain. Sebagai ibu anak baru satu yang bekerja,bagi aku satu kepuasan di samping keadaan yang memerlukan aku bekerja buat sementara waktu. Aku bukan lah kerja syarikat atau jawatan besar ,aku hanya seorang guru dalam linkungan ustazah dan bukan lulusan mana-mana universiti. Aku hanya lepasan tahfiz,aku hidup dalam abad yang segala2nya memerlukan wang dan sijil yang di iktiraf. Kalau diri aku nak dibandingkan dengan ibu2 yang bekerja berbekalkan sijil pengiktirafan,tidak bagi aku. Mungkin orang tak pandang manusia seperti kami,tapi biarlah pandangan manusia bukan penentu syurga neraka.

Walaupun aku ibu berkerjaya tanpa sijil,rutin aku sama jugak seperti ibu2 yang lain. Waktu aku bekerja juga sama seperti waktu pejabat. Rutin terbaru aku bangun pagi siapkan diri dan suami. Untuk sebulan kebelakangan nih sejak anak aku admit 4 hari sebab masalah jangkitan paru2,aku dah tak bawa anak aku,Umi aku yang bantu jagakan Amani.

Habis kelas aku jam12 tengahari,balik rumah first sekali kadang belum aku tukar baju Amani dah sengih-sengih minta susu. Kalau dia belum tidur tengahari,dapat la aku lelapkan mata sekali,kalau tak bulat2lah mata aku layan dia main,suap dia makan. Lepas makan dan solat aku pergi balik tempat aku mengajar sampai jam 4.30 petang. Balik tu lah nak jemur baju ,angkat baju,lipat baju dan mandikan Amani pastu bawak dia duduk depan rumah ambil angin. Maghrib tu waktu untuk main dengan dia supaya dia tak tidur,kalau biarkan dia tidur dia akan bangun around 10pm pastuh main sampai jam 2/3.Naya aku kalau gitu. Huhu.

Jadi aku atau abah dia main dengan Amani sampai dia letih then tidurkan dia. Lepas isya tulah aku uruskan bisnes online kecil2an aku tu. Walaupun aku kurang aktif,tapi Alhamdullilah. Bukan tak laku lansung. Kalau ada yang tanya kenapa aku nak buat kerja sampingan ni? Meh sini aku jawab,sebab aku suka. Aku suka berniaga tapi aku tak punya modal besar,cara begini yang aku mampu. Mungkin satu hari nanti tiba masanya. Aku jalani hidup aku dengan kadar sederhana bukan bermaksud aku kurang usaha. Aku takmo gigih buat satu masa,tapi kegigihan sekejap saja,pastuh gigih tu entah hilang kemana. Biar aku buat sikit2 tapi aku kekalkan usaha aku. Aku tak suka gigih yang bermusim.

Dengar macam rutin aku biasa ,tapi kadang aku akui aku penat. Tapi aku tak pernah menyesal.Allah nak aku tingkatkan usaha,aku akan cuba. Mungkin ada yang anggap alah apa sangat buat hari2,tapi insyAllah satu hari nanti kau jadi isteri dan ibu,kau akan faham.


Tinta ikhlas Salsabila

No comments: