Halaman

Saturday 14 November 2015

Hippopo Baby Spa & Wellness

Hi

Lama da tengok orang share pasal baby spa time tu Amani kecik sangat lagi ingatkan ada had umur jadi tunggu la besar sikit nak bawak Amani berspa maklumlahh mak nya takda nak merasa berspa2 masa baby dan memang takda pun tapi sekarang zaman kreatif baby pun berspa :P
Dulu penah tengok ada di Kl nun ja tetiba dapat tau ada Hippopo Baby Spa & Wellness di Queensbay Penang dah dekat jomlerr. Nak amik package terus pun bole dapat diskaun lagi tapi takyah la kita test ja lepas mengidam nak amik package tak mampu la jom spa kat rumah ja lain kali beli kolam rendam mak bapak anak sekali.




Amani amik pakej swim rm48 + massage rm38 + swim diapers rm4.
Rugi amik massage dekat dia sebab dia bukan suka pun kena uli belai2 kalau boleh dia nak masuk dalam kolam balik adalah last2 sempat massage dalam 5-10 minute ja huhu.



Staff sangat friendly,pandai layan bebudak walaupun muka sweet 17 macam belum kawen lagi :)

Berbaloi la sebab tengok Amani happy,kita bayar sambil pejam mata rapat2 pasnih kalo nak berendam lagi guna kolam beli di Tesco kita bertapa sampai kecut boleh ajak abah join sekali.


Malam berinai

Bukan senang nak lawakan anak yang tak minat melawa tapi padan muka dapat mak yang gigih tahap dewa,dua kali pakai buang inai dekat si Amani,kali kedua tu sebab tak puas hati pucat sangat terus nampak buruk tak lawa berkorban la tidur mak gigih nak inaikan anak asal lawa biar pagi2 raya jadi mata panda. 


Jam 4am baru settle dan inilah hasilnya,sebaik tak mengecewakan :)

Tuesday 10 November 2015

Bajet ke Langkawi 2015

Assalamualaikum.

Unplanned vacation sangat. 12oct-15oct,pagi isnin baru sembang2 kosong tengahari da bertolak walaupun memang Langkawi satu2nya ada dalam list tempat nak pegi sebelum balik Sabah sebab pegi yang pertama kali dulu tak sempat jejak suma tempat. Da sebulan baru nak share bajet itupun sebab ada yang pm tanya pasal bajet kesuluruhan. Tapi bajet yang keluar ni bukan musim cuti jadi ada banyak penjimatan dah disitu.


Parking kereta Kuala kedah untuk tiga hari 20X3=rm60
Tiket feri dari Kuala Kedah pergi balik untuk dua orang (Amani free) 46x2=rm92
Landcons hotel (pantai chenang) rm140/nett 140x2=rm280
De Baron Resort (pekan kuah) 150/nett 150x1=rm150 (seram sikit kami di bangunan lama,macam kami je menginap sebab sunyi sangat,lobi pun suram sepi takda orang)
Kerete sewa 50/sehari 50x3=rm150 
  

Untuk hotel,kereta sewa,aktiviti kami amik sesiap di jeti kuala kedah sampai Langkawi menyesal sebab kalau amik di jeti langkawi lagi bole jimat banyak sebenarnya salah satu contoh kereta sewa rm40/sehari,pastu servis tak memuaskan sebab lambat datang janji keta viva auto tetiba dapat waja manual tak lawa then boleh pulak hari last guna kereta buat hal nasib baik hari last kami takda plan jalan mana2 tengahari terus balik. 





Snorkling,berbaloi sangat amik sebab puas hati 150x2=rm300 
Island hoping (tasik dayang bunting,eagle feeding & pulau beras basah) 35x2=rm70



Feri ke Pulau Layar almost 1h,boring sikit tapi best la kalau duduk luar amik angin selfie2 tapi dengan Amani takyah mimpi.




Kan da cakap best snorkling air cantik takyah selam2 nak tengok ikan.





Malam takda jalan memana sebab langkawi sunyi kecuali nak lepak tepi pantai tapi macam tak sesuai kalau dengan Amani. Lepak dataran helang boleh la sebab malas pegi siang2 sebab takmo berpanas :P





Tasik dayang bunting .
Sewa yang kayuh2 tu rm30/1h.
Berbaloi la penat mendaki walaupun tak tinggi tapi jauh gakla untuk preggy mommy 6m++





Di pulau beras basah malas da mandi sebab hari sebelum tu da puas snorkling & berendam dari jam 10am-3pm. Sebab tu puas hati amik pakej ni sebab sempat la burn satu family padan muka balik2 hitam.

Langkawi Wildlife Park 18x2=rm36
Amani free
Puas hati jugak sebab berbaloi dengan harga yang dibayar.






Langkawi cable car 20x2=rm40
Amani free lagi.




Shopping coklat (sahaja) rm200
Makan minum, minyak dan makanan ringan boleh bajet ikut hati tapi memang murah2 makanan sini :)


Sekian dari kami yang happy :)
Moga sedikit sebanyak boleh membantu. :)