Halaman

Friday, 30 January 2015

Mums & Babies Expo Season 2

Sejak jadi ibu beranak satu ni asal ada expo baby je mesti aku tau,kalau dapat tau sebulan dua sebelum tarikh best la aku kumpul bajet sebab aku segan nak mintak dengan somi aku kalau untuk shopping puaskan hobi nafsu aku,sebab kebanyakan benda aku beli time expo 20% je yang betul2 keperluan yang selebihnya atas dasar aku suka shopping barang anak,anak perempuan pulak tu. Kalau dapat tau seminggu sebelum tarikh,memang aku bagi peruntukan sikit jela,penuhi kehendak hati ja.
Biasanya kalau aku plan nak pergi,aku mesti bajet awal-awal berapa yang aku boleh guna,sebab kalau tak bajet mesti aku terbabas bukan dah mesti memang wajib. Somi tak pernah la halang cuma dia jeling kucing ja,tapi kalau dia nampak sawan aku sikit sikit datang,dia tegur la.

Aku tau pasal Mums & Babies Expo di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya ni dari Facebook terus sengih ke telinga sampai belakang lepas tu bodek2 abah Amani,takyah bodek pun dia bawak tapi ambil hati katanya. Tiga hari je macam biasa dari 31-1 feb so siapa yang belum,ada dua hari lagi pegi awal2 supaya tak tension cari parking.
Tapi banding dengan expo tahun lepas di Setia City dengan D'piazza Mall,aku rasa dekat sana lagi banyak booth dan lagi murah lagi-lagi dekat Setia City bulan 12 hari tu,sebab aku kalau pegi expo baby target beli baju dengan kasut pastu ada la mainan sikit. Kalau barang lain bagi aku harga dia biasa je,kalau murah pun tak banyak mana. Kalau pampers pulak Amani tak guna Mamy Poko @ Huggies,biasa kalau expo brand tuje ada tapi baru ni ada Diapex tapi tak beli juga sebab bila kira balik murah sikit sangat tak baloi pun nak berebut rebut beli situ.



Murah tahap gila tu taklah,cuma ada sesetengah barang macam baju,seluar, prewalker tu boleh tahan la murah,kali ni macam tak banyak pilihan sangat. 
Tapi disebabkan aku ni jenis suka sangat tengok kasut baby dari zaman belum kawen lagi aku minat sangat-sangat,pegang yang ni berkenan pegang tu rasa comel pastu tengok yang lagi satu rasa macam lagi cute,amik 4 pasang la terus,terus cipta alasan nak bagi dekat somi ala bukan selalu.


Mula-mula pegang kaler biru Mothercare semua brand ni inspired by je bukan yang betul2 kan,dah memang cari macam tu terus pegang tak lepas pastu terfikir Amani takda lagi kasut yag simple tapak nipis nak bagi pakai jalan jalan depan rumah petang2 lah sangat,nampak merah Next tu terus ambek sebab hati cakap cute. Dah bayar dua ni time nak balik boleh masuk balik sebab rasa kasut-kasut lain memanggil-manggil,nampak kaler yang dark pink Adidas tu berkenan boleh Amani ikut abah main bola petang menipu gila pastu hati kata kalau pakai gaun mana cun guna kasut jogging konon last2 soft pink Mothercare tu jadi penyelamat dan penutup terus cepat cepat blah sebelum terpegang yang lain.

Ee kenapa mesti ada kaler pink lagi.



Berpuluh ribu minit duk membelek baju tapi last last tiga helai saja yang berkenan di hati,selai baju mandi selai baju tidur selai baju shopping pun ada.Yang kecik cinonet warna putih tu spende pertama Amani loll sebelah tu topi saja beli sebab comel walhal Amani perasan dia besar dah tu benarkan letak atas kepala dia lima minit ja sekarang nih.
Expo sebelum ni aku sawan angkut romper last last sampai boring tengok romper lipat masuk box simpan atas lemari. 


Swimming suit dah dua,bila abah nak bawak pegi mandi-manda tah. Aku beli lagi sebab yang ni sopan sikit,yang hari tu aku beli seksi meksi pulak,memang dah target nak beli gini kalau jumpa.


Seluar pun tak banyak pilhan,aku beli seluar panjang untuk Amani sebab murah ok la buat basahan.Seluar pendek utk boy punya tapi peduli apa dah berkenan ala simpan untuk adik dia pun bole tiba-tiba.

Barang last aku ambek sebelum pegi kaunter kali kedua sampai cina tu pandang macam eh budak ni lagi memang aku dah jarang beli mainan untuk Amani sebab dia cepat bosan,aku lagi minat beli buku tapi macam tak sesuai sangat tunggu besar sikit,tapi kali ni aku macam kesian pulak jadi amik la satu,satu je cukup takyah ngada banyak nanti dia buat baling bawah katil aku jugak sakit hati.


Kalau belanja RM50 dalam satu resit boleh beli beberapa barang dengan harga murah macam stroller ,car seat etc,aku berkenan car seat memang dah lama nak beli tapi asyik tak jadi sebab Amani bukan jenis suka duduk satu posisi lama lama,kang membazir kalau beli mahal mahal,kalau aku reedem tu boleh la dapat car seat simple jenis sangkut di kusyen tu dengan harga RM30,selalu tgk RM50++ sekali dah out of stock untuk hari ni,kalau nak datang lain esok ee memang taklah kan. Aku amik ni jela sebagai pengubat duka lara di hati.


Set untuk Amani,jadi la kan dari takda.

Jadi kesimpulannya boleh tahan la,tapi kalau barang newborn banyak pilihan. Kalau nak borong baju basahan macam romper,stokin,seluar atau baju tu berbaloi la pegi.


Tinta ikhlas Salsabila

Thursday, 29 January 2015

Anak Abah

Aku tak pasti atas faktor apa orang selalu cakap anak perempuan selalu lebih rapat dan manja dengan ayah sampai Amani buktikan pada aku yang dia lagi suka abah dari ummi kakakah menci. Bukan dia tak suka ummi tapi kalo ada abah dia,dia pandang aku sebelah mata je itupun sebab mintak susu/makanan kalo tak asyik melekat dengan abah. Bila aku peratikan betul2 manalah Amani tak over manja dengan abah kalo dah time mandi dengan abah siap bawa itik bola bagai dalam bilik air kalo dengan aku takdonyo aku nak usung bagai kecuali tiba tiba datang sawan rajin.

Lepas tu kalo makan dengan abah diam bagus atas riba sampai aku pun heran ilmu apa abah guna,yang tu sampai sekarang aku tak dapat jawapan.



Pastu petang2 jalan-jalan naik motor berdua kadang pantang dia nampak abah nak keluar terjerit-jerit nak ikut,kadang abah pakai tuala nak masuk tandas pun sebok nak ikut eh takdanya abah nak naik motor pakai tuala la diknon. Kalo abah tak bawak berdrama la datang sandar2 kat ummi,oo baru dia ingat dia ada mak. Kalau abah dia balik dari mana mana,elok2 mata nak tertutup boleh terbuka balik pastu terus segar bugar,heran.


1st time bawak dia bercuti,time ni kecik lagi memang behave sangat,senang nak urus sekarang kalo nak pegi bercuti kena fikir patlimanam kali dan kena bersedia dari segi fizikal dan mental sebab dah masuk fasa melasak. 
Dari jauh dah nampak terang sangat botak.



Tahap rapat tu sampai sakit pun sama sama,abah demam dia pun join pastu ummi kena jadi perempuan yang penuh energy ada kuasa lebih sebab nak layan dua pesakit tersayang. Tapi Amani baik sangat time sakit,kalo dia demam diam je kadang mata berkaca-kaca sebab suhu panas mulut merah semacam tapi terbaring baik sampai orang puji baiknya budak ni,sakit tapi tak meragam.
Alhamdulillah.


Tapi kalo ada datang lasak dengan nakal dia,aku rasa macam nak letak dalam kotak pastu salotip buat lubang untuk jenguk dia. hahaha geram tengok senyum gatal tu,time umo3 bulan badan berketak sekarang dah kering sebab lasak pastu nasi takmo makan sangat bajet mat saleh makan biskut dengan buah.
Ni selfie dengan abah comel je senyum,dengan umi macam eh ada ke tak gambar dia pose terbaik?


Selfie dengan ummi tunjuk muka bosan. Memang suka curang dengan ummi.


Kebetulan sangat gambar ni,memang kukuh sangat bukti bapak borek anak rintik.time ni dalam umo 2 bulan tapi dulu ubi kayu sangat dahla botak sekarang ubi keledek kecut.


Hoho esok tua2 tunjuk dengan Amani ,abah dulu sweet sangat,tapi kalau keluar jalan jalan abah selalu perasan pastu suruh bayang kononnya dia bawak adik bukan anak dehhh laa pastu abah cakap kalo ada orang nak berkenalan nak bagitau oo yang ikut saya ni kakak,ni anak dia heee nyaampahh


Tapi kalo gambar nih memang nampak budak sekolah lagi. Kurus selim melim,sekarang dah kena pump,dah nampak gaya seorang bapak tuh dah tak boleh perasan kononnya bawak kakak dengan anak buah jalan jalan.

Ok,yang ni gambar last,janji.


Macam pakatan terancang saja dua dua takmo tengok kamera. 
Anak abah sangat.

Selamanya tetap anak abah,
dan juga ummi.

Tinta ikhlas Salsabila

Monday, 26 January 2015

Pampers pilihan

Dulu time tak kawen lagi asyik tengok kat mana sale barang ladies,sekarang dah ada Amani asyik check smartshopper kat mana ada sale pampers. Ngengg .
Sepanjang 10bulan Amani ada try beberapa brand pampers,tapi ini hanya pendapat dan pengalaman peribadi berdasarkan pengalaman Amani guna,mungkin ibu ibu di luar sana berlainan pendapat dengan aku :) peace

Waktu 1st time nak beli tulah paling seksa nak pilih,amik yang ni letak pastu amik yang lain letak balik sebab rasa yang tadi pilih lagi cantik pastu nampak pulak yang lain pastu rasa eh yang ni lagi nampak best. Last last aku pilih brand pet pet sebab nampak comel,itu je sebabnya? kahkaha. 

Packaging menyerlah sebab tu aku amik,so far Amani ok dengan Pet Pet. Tapi aku pulak boring pastu next pampers aku pilih Drypers sebab tengok kakak aku guna brand ni dan nampak ok.
Harga lebih kurang Pet Pet tapi aku perasan Pet Pet lagi kecik dari Drypers sebab time Amani guna size S Drypers ngam2 je ok tapi kalau Pet Pet kecik sikit. Drypers tak bocor pastu ilustrasi dia cantik memang pandai menggamit hati mak mak ,packacing dia pun lebih menarik banding dengan dulu :) Cuma satu aku kurang berkenan kalau pakaikan pampers tanpa seluar contoh macam kat rumah kadang aku pakaikan Amani gaun tanpa seluar kecik mesti pampers jadi berbulu. hooo itu ja kurang berkenan dihati.
Habis 2/3 pack aku dah mula bosan dan nak cuba sesuatu yang baru,ada orang rekemen aku guna Hey Baby sebab tak bocor dan kualiti bagus walaupun lebih murah. Sebagai mak mak jenis senang termakan hasutan aku try la.


Memang terbukti la jenis tak bocor cuma pelekat dia aku geram sikit,dah la si Amani kalau ajak tukar pampers macam ajak bergusti ,gigil2 tangan aku tarik pelekat. Harga berpatutan dan kualiti bagus. Tak lama tu aku tengok sepupu aku guna brand Whoopee aku soal siasat dia cakap ok,memang terus masuk list pilihan aku untuk next pampers .
Untuk Whoopee aku takda apa2 ketidakpuasan hati sebab berbaloi dengan harga bagi aku aku guna ada la dalam 2/3 pack juga pastu aku nak cari pampers yang murah2 untuk pakai sekejap2 tu contoh selepas mandi petang lebih kurang jam 6-10malam pastu sebelum tidur tukar takkan nak pakai yang mahal pastu pakai 3-4 jam. Bukan tak boleh bangun tengah malam tukar pampers tapi aku spesis kalau terbangun tengah malam aku mamai pastu bukan aku ingat kadang aku punya lah sembang dengan somi,pastu esok kalau dia cerita tentang apa kami sembang malam tadi mati2 aku nafikan padahal aku yang mamai.
Aku pilih Fitti tapi sempat pakai setengah pack sahaja sebab Amani kulit mengada-ngada kahkah. Mesti merah2 pastu ada macam ruam,sebelum jadi lebih teruk aku stop.Harga lebih kurang Hey Baby tapi Amani ngan pulak Hey Baby . Jadi lagi setengah tu aku pass dekat sepupu aku.
Aku beli Diapex nak try saja tapi alih2 jatuh cinta sebab dahlah comel ilustrasi dia,pelekat pun macam Pet Pet tapi harga murah pulak,pastu kalau bangun pagi kering ja dan gel2 tak membiak,faham kot maksud aku? nampak nipis saja walaupun pakai lama dan dah tentu baby dah banyak membuang air. So sekarang ni aku pakai Diapex dengan Drypers,berselang seli aku beli konon macam nak adil padahal aku yang jemu dah sehari aku sorang saja 2/3 kali tukar pampers Amani,nak jugak tukar angin. Kadang-kadang abah dia,tapi orang laki mana amik port pasal nih.

Baru baru ni time aku balik Sabah teringin pulak nak cuba jenama lain,aku pun pilih Huggies sebab konon nak merasa pampers mahal sikit,tapi bagi aku ,ini pendapat peribadi aku la sama saja kualiti dengan Diapex ,cuma bezanya harga dan jenama Huggies lebih terkenal. Atau yang aku beli Huggies plastik biru ni jenis murah ke apa aku tak pasti. Tapi sekali ni jela aku beli rasanya sebab bagi aku bukan jenama atau harga yang penting tapi keselesaan la. Kalau ada yang murah dan selesa kenapa  aku nak mengada pilih yang mahal dahla pakai buang.

So setakat ni itu sahaja pampers yang pernah Amani guna,tapi sekarang ni aku macam teringin nak try brand Pampers pulak. Tengok laa,maybe next pampers.

Semua ni hanya pendapat aku berdasarkan pengalaman aku sendiri,lain manusia lain citarasa. Sebab tu ada banyak jenama sebab lain jiwa lain citarasa. Haihh pasal pampers pun jadi karangan,kenapa la time karangan bahasa melayu dulu takda tajuk lampin pakai buang,tapi kalau ada konpem tak sampai 30patah kata aku dapat tulis. Mana ada pengalaman,maklum. Jadi bagi aku,pengalaman adalah guru yang tidak pernah menipu.

Selamat malam.





Tinta ikhlas Salsabila

Saturday, 24 January 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Selalu join giveaway jarang dapat menang kali ni nak join giveaway nile yang suma orang tahu barang kat nile dahlah murah pastu cantik pastu menarik tertarik nile memang dabooomb. Kali ni nile buat giveaway sempena Chinese new year.Harap nile pilihlah peminat setia nile nih :)

Kalau berminat nak join jom join laju laju sama-sama mana tahu rezeki berpihak pada diri. Hadiah giveaway nih bukan sahaja lumayan tetapi... boleh pilih sendiri pulak tu memang thorrbaik sangat. Hadiahnya adalah

5 X pemenang bertuah akan mendapat barangan bernilai RM150 secara percuma.

Cara nak join memang sangat senang,bole klik sini untuk keterangan lebih lanjut.

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96
NILE


Dan barangan istimewa pilihan saya dari nile adalah....



Saya pilih warna green sebab takda lagi koleksi beg kaler green nih


Saya pilih size XL :)




Saya pilih size XL juga :)


Saiz L untuk encik somi buat matching2 dengan blouse yang saya pilih atas tu :)

Jumlah harga barangan :RM18.20+RM27.90+RM25.40+32.10+RM44.90=RM148.50.

Harap la ada rezeki eden ,boleh melaram pastuh bangga dekat suami yang isteri dia menang giveaway kahkah..

 Siapa yang dah join pastu nak tau result boleh check kat sini maa. Tarikh tutup giveaway pada 15/02/2015. Jadi masih banyak waktu jom join laju-laju,hadiah dipilih secara random ok.

Gong xi fa cai!

Tinta ikhlas Salsabila