Halaman

Friday 24 October 2014

Rutin

 Aku tabik spring berpring2 dengan mak2 yang anak 4,5,6,7,8 semilan seploh dalam masa yang sama bekerja. Bagi aku wanita dan isteri bekerja ni bukan tamak atau taknak kalah dengan suami atau orang lain. Sebagai ibu anak baru satu yang bekerja,bagi aku satu kepuasan di samping keadaan yang memerlukan aku bekerja buat sementara waktu. Aku bukan lah kerja syarikat atau jawatan besar ,aku hanya seorang guru dalam linkungan ustazah dan bukan lulusan mana-mana universiti. Aku hanya lepasan tahfiz,aku hidup dalam abad yang segala2nya memerlukan wang dan sijil yang di iktiraf. Kalau diri aku nak dibandingkan dengan ibu2 yang bekerja berbekalkan sijil pengiktirafan,tidak bagi aku. Mungkin orang tak pandang manusia seperti kami,tapi biarlah pandangan manusia bukan penentu syurga neraka.

Walaupun aku ibu berkerjaya tanpa sijil,rutin aku sama jugak seperti ibu2 yang lain. Waktu aku bekerja juga sama seperti waktu pejabat. Rutin terbaru aku bangun pagi siapkan diri dan suami. Untuk sebulan kebelakangan nih sejak anak aku admit 4 hari sebab masalah jangkitan paru2,aku dah tak bawa anak aku,Umi aku yang bantu jagakan Amani.

Habis kelas aku jam12 tengahari,balik rumah first sekali kadang belum aku tukar baju Amani dah sengih-sengih minta susu. Kalau dia belum tidur tengahari,dapat la aku lelapkan mata sekali,kalau tak bulat2lah mata aku layan dia main,suap dia makan. Lepas makan dan solat aku pergi balik tempat aku mengajar sampai jam 4.30 petang. Balik tu lah nak jemur baju ,angkat baju,lipat baju dan mandikan Amani pastu bawak dia duduk depan rumah ambil angin. Maghrib tu waktu untuk main dengan dia supaya dia tak tidur,kalau biarkan dia tidur dia akan bangun around 10pm pastuh main sampai jam 2/3.Naya aku kalau gitu. Huhu.

Jadi aku atau abah dia main dengan Amani sampai dia letih then tidurkan dia. Lepas isya tulah aku uruskan bisnes online kecil2an aku tu. Walaupun aku kurang aktif,tapi Alhamdullilah. Bukan tak laku lansung. Kalau ada yang tanya kenapa aku nak buat kerja sampingan ni? Meh sini aku jawab,sebab aku suka. Aku suka berniaga tapi aku tak punya modal besar,cara begini yang aku mampu. Mungkin satu hari nanti tiba masanya. Aku jalani hidup aku dengan kadar sederhana bukan bermaksud aku kurang usaha. Aku takmo gigih buat satu masa,tapi kegigihan sekejap saja,pastuh gigih tu entah hilang kemana. Biar aku buat sikit2 tapi aku kekalkan usaha aku. Aku tak suka gigih yang bermusim.

Dengar macam rutin aku biasa ,tapi kadang aku akui aku penat. Tapi aku tak pernah menyesal.Allah nak aku tingkatkan usaha,aku akan cuba. Mungkin ada yang anggap alah apa sangat buat hari2,tapi insyAllah satu hari nanti kau jadi isteri dan ibu,kau akan faham.


Tinta ikhlas Salsabila

Thursday 23 October 2014

Contest,Giveaway dan yang sewaktu dengannya.

 Peniaga online buat contest 'likers yang bertuah akan dapat hadiah misteri' dah macam jadi satu fenomena. Salah satu cara untuk tingkatkan rating,tak salah sebagai peniaga kena kreatif sebab sekarang banyak saingan. Cuma yang aku peliknya ada beberapa contest atau page yang minta like untuk dapat hadiah misteri,lepas dah capai impian senyap sunyi gitu. Dan setiap pengelike mustahil lah nak pm owner page untuk tanya saya ke yang bertuah? Dah namanya pemenang akan dipilih secara random,sah2 la sesiapa pun boleh terpilih dan tak ada pemenang pun boleh terjadi. Lainlah yang tetapkan syarat seperti contohnya 'pengomen terakhir'. Semua orang akan tahu .

 Aku pun ada join tapi bukan lah aku mengharap sesangat cuma suka2 join just click je kan,bukan nak kena sampai tahap panjat pokok kelapa. Tapi aku tak pernah lagi menang haha but aku tak kisah sbb aku tak target aku kena dapat.

 Bagi owner page yang telus buat contest gini,tahniah kerana anda jujur! insyaAllah perniagaan anda akan maju berkat kejujuran anda. Bagi yang tak jujur,cukup-cukuplah menipu ,anda boleh capai target like tanpa cara bengkok gitu. Setiap kejayaan hasil dari pengorbanan dan usaha.

Tinta ikhlas Salsabila

Kisah bila aku dah tak kisah

 Orang yang kenal rapat dengan aku mungkin faham peel aku cemana. Jenis aku,bila aku percaya dan sayang seseorang tu aku sayang dan percaya sungguh-sungguh. Bila aku baik dan orang tu baik dengan aku,aku kalau boleh seboleh-bolehnya aku buang jauh-jauh sangka buruk dan keburukan dia aku anggap small matter ar derr..

 Tapi yang small matternya tulah yang memakan diri aku. Aku anggap bila orang esp yang rapat dengan aku,kutuk seseorang sedangkan orang yang dikutuk takda la over teruk seperti yang dikutuk and yang peliknya si pengutuk ni relax je betepuk tampar dengan mangsa yang baru diri sendiri kutuk beberapa minit yang lepas. Akal aku duk monolog ee teruknya,tapi hati aku bagi tanggapan takpa mungkin si pengutuk tu sekadar melepaskan geram. Dan aku boleh santai tanpa fikir aku pun berkemungkinan akan jadi mangsa si pengutuk tersebut walaupun depan aku punya manis bicara kata.

 Tapi bila telinga aku sendiri dengar rupanya selama ni aku pun jadi bahan kutukan sedang depan aku bukan main solehah terus aku rasa macam tak ikhlas aku nak bersembang ke berkepit dengan si pengutuk yang tak mengira sesiapa untuk dikutuk. Kalau kutuk tentang aku yang benar2,aku masih terima lagi walaupun geram. Tapi ini sudah lebih bila dia kutuk siap tambah pakej fitnah lagi. Heeii apa motif depan aku konon sokong bila aku nak buat something,bagi nasihat bila aku down,dengar masalah aku bila aku memerlukan someone . Rupanya kau buat semua tu untuk cari bahan kutuk aku belakang pintu.

 Kalau kau tak suka aku,tak suka cara aku,tak puas hati dengan life kau boleh datang terus terang yang kau muak menyampah nak kawan dengan aku. kau tak perlu pergi belakang pintu kutuk aku kaw22 pastu datang depan aku tunjuk muka pelesuu .

 Aku kadang ada masa dah serik nak percaya orang kecuali beberapa orang yang aku memang kenal hati budi. Tapi aku yakin,dalam beberapa ramai yang FAKE,aku akan jumpa jugak mereka yang seperti bff aku yang sebenar-benar bff. Bukan fake macam sesetengah individu.

For my fake friend,
PLEASE GO AWAY FROM ME.
Kbai.




Tinta ikhlas Salsabila

Monday 20 October 2014

Our Little Princess

Hanya beberapa entry saja pasal anak aku,aku kadang fikir tigajuta puluh kali nak update pasal anak aku,sebab nanti orang ingat aku bangga tak bertempat macam aku sorang ada anak. Tapi niat aku as a mother,satu hari nanti anak aku dah besar,dia baca blog aku,cerita tentang diri dia,saat dia membesar.Kalau aku pun aku terharu. Aku takda reta berkarung2 nak bagi anak anak aku,mungkin ini antara salah satu kenangan untuk anak aku. Penulisan aku. 

Tapi aku tak habis fikir lagi samaada wajar atau tidak .



Tinta ikhlas Salsabila

Lycra Telekung by @nanokualalumpur

 Kalau nak keluar dengan kekasih hati rela bersiap berjam2,esoknya nak date malam tu dah fikir siap baju tudung apa nak pakai. Nak date dengan DIA takmo lawa2?

  Aku kena belanja dengan Umi aku lycra telekung by @nanokualalumpur. Aku memang dah lama aim lycra telekung sebab geram ja tengok orang pakai sebab nampak selesa dan cantik sangat. Selesa tu utama ,ok. Kebetulan,Umi aku pesan dengan adik aku,tapi orang tu dah tak jual. Satu hari tu aku tengah layan ig tetiba nampak post dari @nanokualalumpur ni tengah promo rm40 termasuk postage,aku meroyan jugak sebab dah la warna cantik2. Tapi aku kena hold dulu sebab aku tak bajet untuk beli bulan tu,aku bagitau umi aku ja kot2 dia nak beli. Tuptup dia suruh aku amik sekali,nak belanja katanya. Boleh bayang tak aku rasa cemana? Nasib baik aku bukan spesis monyet.

  Malam tu pulak last date untuk promosi tu,aku relax je pm kakak tu bagitau,yakin je aku boleh transfer malam tu,sekalinya maybank2u buat hal tak boleh transfer dahlah last date jam 12 malam tu. Kalau lewat dari tu harga back to normal rm55. Aku panik sebab aku kan kalau boleh dapat murah aku lagi double suka,aku meseg akak tu bagitau,memulanya yela dah tu last date kan,tapi akak ni baik :) bagi aku chance. jam 4pg gitu aku dpt transfer. haha gigih bangun transfer duit,bukan gigih bangun tahajud.

  Lepas dah sampai aku memang berkenan sangat la kan,tapi perangai pelik aku,kalau barang tu cantik dan aku suka,aku jadi sayang nak pakai. aku selangseli pakai dengan telekung lama aku,tapi lebih kerap telekung lama aku la. Apa kepeliknya padahal bukan mahal sangat pun,kalau rosak ke koyak kusam ke boleh je beli lain. Lain la kalau telekung siti khadijah tu. Yang tu pun aku berkenan jugak,tapi tak masuk wishlist lagi,kalau ada pun,aku nak hadiahkan dekat umi aku dulu,sebab dah lama aku tengok dia berkenan dengan telekung SK tu.

 Sesapa yang suka Lycra telekung ni boleh follow ig @nanokualalumpur,akak nih takda jual di fb ok. Banyak pilihan warna menarik,servis pun tiptop,owner baik dan bertolak ansur. Aku suka owner gini,sebab tak sombong. Aku pantang orang meniaga muka sombong macam dekat medan perang.


 Rm80 untuk dua helai telekung siap postage ,kalau orang cakap mahal aku suruh beli kain buat sendiri.

Aku taktau kenapa aku amik kaler nih,sebab semua maklum yang aku minat purple. Kan aku cakap pi follow ig @nanokualalumpur pastu meroyan.


Tinta ikhlas Salsabila

My Life

 Aku tak faham dengan orang yang selalu stalk and komplen hidup orang lain,kalau stalk untuk ambil contoh sisi baik orang tu,kan lebih baik. Aku rasa orang yang jenis gini,life dia x fun,sebab tu dia intai life orang pastu kritik . Bila orang yang dia kritik sakit hati,dia rasa puas,kot?

 Aku jugak tak faham,kenapa kau nak rasa penat tengok aku bekerja untuk keluarga sementara suami aku belajar. Bukan kau yang kerja dan tanggung kepenatan aku. Wahai stalker,walaupun aku bekerja,tapi bukan pendapatan aku yang menyumbang sepenuhnya sara hidup kami sekeluarga. Kadang aku terfikir murahnya hati Allah,suami aku tak bekerja tapi rezeki masuk juga melalui dia sebab tu aku tekankan BUKAN AKU PENYUMBANG UTAMA DANA KAMI SEKELUARGA.

 Kenapa aku nak bengang sangat? Sebab bukan kau sara hidup kami,tapi kenapa kau tak puas hati sangat ? Memang kadang aku rasa penat siang berkerja balik rumah urus anak dan rumahtangga,tapi aku rasa penat yang berbaloi. Aku rasa puas sebab dapat bantu suami aku. Lain lah kalau isteri yang berhempas pulas bekerja,sedangkan suami berfoya-foya dengan perempuan lain. 
Dan penat aku hilang bila tengok suami aku sudi bantu basuh baju,kemas bilik,sidai baju dan mandikan anak. Benda kecil kan? tapi kadang jadi ubat penghilang penat. 

 Aku bukan orang kaya,bukan primadona dan jauh sekali orang terpenting dalan negara,sebab tu aku tak faham kenapa kau dengki sangat dengan kehidupan aku sedangkan aku bukan sesiapa.



Tinta ikhlas Salsabila