Halaman

Monday, 20 October 2014

Lycra Telekung by @nanokualalumpur

 Kalau nak keluar dengan kekasih hati rela bersiap berjam2,esoknya nak date malam tu dah fikir siap baju tudung apa nak pakai. Nak date dengan DIA takmo lawa2?

  Aku kena belanja dengan Umi aku lycra telekung by @nanokualalumpur. Aku memang dah lama aim lycra telekung sebab geram ja tengok orang pakai sebab nampak selesa dan cantik sangat. Selesa tu utama ,ok. Kebetulan,Umi aku pesan dengan adik aku,tapi orang tu dah tak jual. Satu hari tu aku tengah layan ig tetiba nampak post dari @nanokualalumpur ni tengah promo rm40 termasuk postage,aku meroyan jugak sebab dah la warna cantik2. Tapi aku kena hold dulu sebab aku tak bajet untuk beli bulan tu,aku bagitau umi aku ja kot2 dia nak beli. Tuptup dia suruh aku amik sekali,nak belanja katanya. Boleh bayang tak aku rasa cemana? Nasib baik aku bukan spesis monyet.

  Malam tu pulak last date untuk promosi tu,aku relax je pm kakak tu bagitau,yakin je aku boleh transfer malam tu,sekalinya maybank2u buat hal tak boleh transfer dahlah last date jam 12 malam tu. Kalau lewat dari tu harga back to normal rm55. Aku panik sebab aku kan kalau boleh dapat murah aku lagi double suka,aku meseg akak tu bagitau,memulanya yela dah tu last date kan,tapi akak ni baik :) bagi aku chance. jam 4pg gitu aku dpt transfer. haha gigih bangun transfer duit,bukan gigih bangun tahajud.

  Lepas dah sampai aku memang berkenan sangat la kan,tapi perangai pelik aku,kalau barang tu cantik dan aku suka,aku jadi sayang nak pakai. aku selangseli pakai dengan telekung lama aku,tapi lebih kerap telekung lama aku la. Apa kepeliknya padahal bukan mahal sangat pun,kalau rosak ke koyak kusam ke boleh je beli lain. Lain la kalau telekung siti khadijah tu. Yang tu pun aku berkenan jugak,tapi tak masuk wishlist lagi,kalau ada pun,aku nak hadiahkan dekat umi aku dulu,sebab dah lama aku tengok dia berkenan dengan telekung SK tu.

 Sesapa yang suka Lycra telekung ni boleh follow ig @nanokualalumpur,akak nih takda jual di fb ok. Banyak pilihan warna menarik,servis pun tiptop,owner baik dan bertolak ansur. Aku suka owner gini,sebab tak sombong. Aku pantang orang meniaga muka sombong macam dekat medan perang.


 Rm80 untuk dua helai telekung siap postage ,kalau orang cakap mahal aku suruh beli kain buat sendiri.

Aku taktau kenapa aku amik kaler nih,sebab semua maklum yang aku minat purple. Kan aku cakap pi follow ig @nanokualalumpur pastu meroyan.


Tinta ikhlas Salsabila

No comments: