Halaman

Thursday 23 October 2014

Contest,Giveaway dan yang sewaktu dengannya.

 Peniaga online buat contest 'likers yang bertuah akan dapat hadiah misteri' dah macam jadi satu fenomena. Salah satu cara untuk tingkatkan rating,tak salah sebagai peniaga kena kreatif sebab sekarang banyak saingan. Cuma yang aku peliknya ada beberapa contest atau page yang minta like untuk dapat hadiah misteri,lepas dah capai impian senyap sunyi gitu. Dan setiap pengelike mustahil lah nak pm owner page untuk tanya saya ke yang bertuah? Dah namanya pemenang akan dipilih secara random,sah2 la sesiapa pun boleh terpilih dan tak ada pemenang pun boleh terjadi. Lainlah yang tetapkan syarat seperti contohnya 'pengomen terakhir'. Semua orang akan tahu .

 Aku pun ada join tapi bukan lah aku mengharap sesangat cuma suka2 join just click je kan,bukan nak kena sampai tahap panjat pokok kelapa. Tapi aku tak pernah lagi menang haha but aku tak kisah sbb aku tak target aku kena dapat.

 Bagi owner page yang telus buat contest gini,tahniah kerana anda jujur! insyaAllah perniagaan anda akan maju berkat kejujuran anda. Bagi yang tak jujur,cukup-cukuplah menipu ,anda boleh capai target like tanpa cara bengkok gitu. Setiap kejayaan hasil dari pengorbanan dan usaha.

Tinta ikhlas Salsabila

No comments: