Halaman

Monday 30 July 2012

Perlukah?

  Perlu ke berbangga dengan kelebihan yang kita miliki seperti rupa paras,harta,nama dan pangkat?
Sedangkan semua anugerah tu milik Allah,Dia boleh bagi and bila2 masa shaja Dia boleh tarik balik.
Ada smeone pernah cakap dekat saya :

'awak patut bangga sbb brkawan dgn sy . Ayah sy trkenal ..'


  Hurmm..perlukah? sy lebih berbangga kalau awak tak bangga diri.
Sebab sy berkawan dengan seseorang bukan krn rupa,harta,pangkat dll lah. Bila difikirkan balik untung ke orang yg berbangga diri,sombong nih?

 Firman Allah swt yang brmaksud :
'Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. sesungguhnya Allah tidak suka kepada seseorang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu sewaktu berjalan dan rendahkanlah suaramu (sewaktu berkata-kata) sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
~Surah Lukman . Ayat 18-19~

 Allah tak suka,orang pun menyampah. So,untung ke?
Sempena bulan Ramadan yang mulia ni marilah sama2 kita berusaha kikis sifat2 buruk dalam diri kita. Tanda kita mencintai kekasih kita adalah dengan melakukan hal yg kekasih kita suka,kita slalu ckp cinta Ilahi,cinta Allah,sekadar kata2 di bibir tak bermakna pun. Jom kita buktikan.

~selamat beramal,yg baik jd teladan,yg buruk jd sempadan.~
Tinta ikhlas Salsabila

Monday 23 July 2012

Berakhirnya Satu Penantian ::part 4::


    Selepas pembedahan pemindahan buah pinggang ,Sarah masih belum sedarkan diri.
Puan Faridah di sisi menemani anaknya itu. Pintu dibuka dari luar terlihat mak su Senah muncul dengan sedikit buah tangan.

macam mana Sarah?”
“doktor cakap dia akan sedar. Buah pinggang tu sesuai dengan dia.”
   “idah.. mak su ada hal nak cakap dengan idah.”
“apa mak su?”
   “mak su berdosa dengan kamu sekeluarga.”
“apa yang mak su cakap ni?”
   “pasal Hajar.”
“kenapa maksu?”
   “semua tu kerana dendam mak su pada mak mertua kau. Dulu mak su suka kan Bakar,ayah mertua kau,tapi dia pilih kak Jah,”
“mak su..”
   “sebab tu mak su nak salah seorang ahli keluarga kak Jah merana.”
“tapi kenapa anak saya mak su?”
“maksu minta maaf idah..”

   puan Faridah memalingkan wajah dari mak su Senah. Tangisnya di tahan.




  Lagu nasyid yang bertajuk Pasrah Segalanya dari kumpulan DeHearty bergema di ruang kamar yang menempatkan Hajar. Adilah hanya memandang sayu sahabatnya. Penderitaan yang di tanggung Hajar terlalu berat. Dia sendiri tak mampu membayangkan jika dirinya di tempat Hajar. Orang baik seperti Hajar memang selalu di uji. Adilah masih belum bersedia kehilangan sahabatnya itu.

           Pernah hati ini terguris
            Dengan fitnah dan tohmah menghiris
            Sehingga terasa diri ini hina
            Kerna tiada siapa yang sudi membela

           Ku tabahkan hatiku harungi hidup
           Biarpun tiada siapa yang menemani
           Keseorangan aku di laluan sepi
           Di tinggalkan mereka yang ku percayai

           Namun ku tahu ada hikmahnya
           Setiap segala yang menimpa diri
           Ku serahkan segala padamu Tuhan
           Yang berkuasa jua mencipta
           Kerana engkau Maha Mengetahui
           Segala apa yang terbuku di hati

           Ya Allah tidak ku terdaya lagi
            Menahan dugaan yang mencabar ini
            Terasa bagai noktah telah ku temui
            Mengakhiri segala yang telah ku mulai

            Ya Allah engkau lindungilah aku
            Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
            Agar tabah ku menghadapi dugaan
            Agar tidak ku terhenti di pertengahan..

            Kini di sini aku berdiri
            Bersama harapan yang tulus suci
            Agar terbitlah kembali mentari pagi
            Setelah malam ku berkalut benci

 “hajar,hajar..”  lembut Adilah menggoncang bahu sahabatnya.



   Pintu ditolak,kelihatan mama dan maksu Senah sedang berbual. Angah sudah tidak peduli,yang penting kini adalah Hajar.

  Kenyataan doktor membuat Angah tersandar lemah,Syahidah memaut mak ngahnya,Puan Faridah.
Tangisan Farhana kedengaran.sesal dengan layanan nya pada Hajar dulu,kini dia tidak berpeluang berbual bersama Hajar lagi. Hajar sudah pergi meninggalkan mereka. Angah menahan tangis,bahu Farhana di peluk lembut.




                                   *                                   *                                 *
     


  Adilah memandang wanita di sebelahnya. Ibu kepada sahabat baiknya itu tampak muram. Adilah hampir terlupa menunaikan permintaan Hajar,dia bergegas ke bilik Hajar yang terletak di tingkat atas.

   Adilah membelek sampul surat putih itu sebelum menghulurkan kepada Puan Faridah. Lambat-lambat Puan Faridah menyambut. Di buka perlahan surat itu.


 Assalamualaikum wbt.
 Kehadapan mak yang tercinta,pertama sekali Hajar ingin meminta maaf andai Hajar ada menyakiti hati mak samaada dalam sedar atau tanpa sedar. Hajar merahsiakan penyakit Hajar kerana Hajar tidak mahu menyusahkan sesiapa termasuk mak.

Mak..
Hajar teringin nak peluk mak,tapi Hajar tak tahu sempat atau tidak.  Masa untuk Hajar dah tak lama.. hajar nak peluk mak,sekali pun cukup lah..hajar nak sangat dengar mak cakap ‘mak sayang hajar’.. tapi penantian hajar telah berakhir.

Mak..
Hajar nak mak tahu hajar sayang mak sangat-sangat.. hajar minta maaf tak dapat berkhidmat pada mak. Tolong sampaikan salam Hajar pada kak laila,abang wafi,sarah,aleya,adilah,imah,imran dan keluarga mak lang. hajar akan pergi jauh tapi,mak dan diaorang semua sentiasa di hati hajar.

Mak.
Kalau Hajar di beri peluang untuk bernafas lima minit,hajar nak berada di sisi mak..
Hajar rindu mak. Sekarang hajar nak pergi jumpa abah dan nenek.
Redhakan segala yang hajar lakukan,halalkan segalanya.

Anakmu
Hajar Safiyyah



  Surat tulisan Hajar di lipat,Puan Faridah menangis lagi. Saat ini ingin di peluk Hajar. Adilah memeluk Puan Faridah.dia faham perasaan Puan Faridah,tapi semuanya telah berakhir.


                                             *                                *                            *

    Pusara itu di pandang sayu. Setelah bacan Yassin dan doa di hadiahkan,Puan Faridah berteleku. Angah telah menceritakan segalanya. ‘mulianya hati hajar’ monolog Puan Faridah sendirian.
  “mak sayang Hajar..”  menitis air mata puan Faridah melafazkan kalimah yang selama ini tersimpan.
 Andai dapat di undur masa,dia ingin menebus segala kesalahan nya. Dia sedar semua itu sudah terlambat.

  Angah memandang dari jauh pusara sepupunya,kehilangan yang amat di rasai.Puan Faridah di pimpin. Mereka berselisih dengan lelaki yang dari tadi memandang pusara Hajar dari jauh. Bahunya di tepuk perlahan. Imran,sahabat baik Hajar.
  


  Imran memandang sayu pusara yang masih merah.dia tidak menyangka secepat itu Hajar pergi. Cincin di tangan di genggam erat. Lama Imran di sisi pusara Hajar. Hujan renyai-renyai menyedarkan Imran dari lamunan tentang masa lalu bersama Hajar.
   ‘hajar..pergimu tiada ganti yang standing dirimu.’bisik Imran.

 Pusara itu di tinggalkan. Doanya akan sentiasa mengiringi perjalanan Hajar.





-TAMAT-









Tinta ikhlas Salsabila

Sunday 22 July 2012

Berakhirnya Satu Penantian ::part 3::


  Hajar menjalani kehidupan seperti biasa. Genap lima bulan abah meninggalkan mereka sekeluarga.ramai yang menegur Hajar semakin kurus,tetapi Hajar cuma tersenyum,dia tahu tidak lama lagi dia akan menjejaki langkah nenek dan abah.



  “jauh termenung Hajar?”  Imah tersenyum di sisi Hajar. Imah mengingatkan dia pada Adilah.imah mengambil berat tentang Hajar,walaupun perangai Imah  gila-gila berbanding Adilah yang sopan,tapi Imah seorang kawan yang sangat prihatin.
  “sunyi je hari ni..”
“ye lah.. orang bekerja hari ni.. mana bos ya? Aku tak Nampak pun.”
    “laah..kau lupa ke? Dia kan ambil cuti tiga minggu . melancong.”
“ha’a la.aku lupa. Untung kan jadi bos. Boleh cuti bila-bila masa je. Melancong pulak tu..”
  “dia pergi melawat kawan-kawan dia dekat England,sambil tu dia melancong la sekali. Dia kan pernah belajar dekat sana.”
“aku mana lah tahu,kau kan sepupu dia. Aku ni pekerja tak ada maknanya dia nak cerita aku sebab-sebab dia pergi sana.”Imah tersenyum sendiri.
  Hajar terasa perit lagi. Kerap benar sakit di situ menyerang. Hajar memaut kerusi di sebelah.
kau ok ke ni? Kenapa dengan kau?
“aku ok..”  hajar menafikan. Kalau boleh dia tidak ingin menyusahkan sesiapa. Hajar menekan dadanya. Pandangan terasa gelap seketika.


  “dah sedar pun kau,cepat lah telefon keluarga kau,risau pulak nanti” Imah menyarankan sebaik saja Hajar sedar.
 Memandang pada katil dan suasana di tempat ini Hajar sudah dapat mengagak dia berada di mana. Telefon bimbit yang di hulurkan Imah.



 Kringggg…
  “assalamua’laikum. Ye,mak lang ni. Ok jaga diri Hajar  tau.” Gagang di letak .
siapa ma?” soal Farhana.
    “hajar,katanya dia bermalam di rumah kawan dia. Kawan dia tak sihat,tinggal sorang. “
“betul ke ma? Entah-entah rumah jantan mana dia pergi” Syahidah yang membaca majalah menyampuk .
   “astaghfirullahalazim.. kamu ni sepanjang masa fikir negatif pasal Hajar. Dia ada buat salah dekat kamu ke? Dah solat isyak belum ni? Dah pergi naik atas. Suka sangat melambat-lambatkan solat.” Bebel Puan Halizah panjang lebar.



  “kenapa kau tipu mak lang kau?”
“aku tak nak menyusahkan diaorang lagi la Imah.”
   “tapi kau kan sakit,sampai hati kau tak bagitahu aku kan?”
  “aku taknak menyusahkan sesiapa. Kau tolong rahsiakan  ye Imah”
     “aku tak janji..”
  “imah…”
“Yelah.. tapi aku pelik la dengan kau. Kau bukan tak ada keluarga..”
    “imah,aku nak tidur kejap. Terima kasih tolong aku tadi.”
“aku tahu kau tak nak jawab soalan aku. Tapi tak mengapa Hajar… Aku tahu kau mesti ada sebab kenapa kau rahsiakan semua ni.”

  Hajar tersenyum. Dia memejamkan mata,ingin merehatkan fikirannya sebentar.


                                         *                                *                                 *

  Hajar memandang siling. Setelah keluar dari hospital lima hari lepas,dia mula bekerja seperti biasa walaupun sakit nya makin kerap menyerang. Malam ini dia masuk tidur agak awal dari biasa. Mak,pak lang dan Angah pergi melawat saudara pak lang di Melaka,along Aiman belum pulang dari bercuti.
Sewaktu dia naik ke atas tadi ,Syahidah dan Farhana masih menonton televisyen,dia tahu hati dia pasti sakit kalau dia duduk bersama mereka.

  Hajar mengiring ke kiri dan kanan,tilam yang menampung badan terasa panas.hajar terasa dahaga,dijeling jam di tangan sudah menghampiri pukul dua pagi.
 Perlahan langkah di atur ke bawah,dia mendengar suara orang lelaki sedang bercakap-cakap.  Hajar pasti bukan suara pak lang,Angah atau Along.

   Di teliti dua lelaki yang berdiri tidak jauh dari sofa,tahu lah Hajar rumah mereka di rompak,dia perasan Syahidah dan Farhana yang di tutup mulut menggunakan kain dan di ikat di hujung sofa. Pasu bunga sederhana besar di tepi tangga di capai. Hajar member isyarat diam kepada Syahidah. Pandangan Syahidah kearah Hajar menyedarkan perompak akan kehadiran Hajar,di pukul perompak itu dengan pasu di tangan tetapi Hajar tidak sempat mengelak libasan pisau kecil di tangan kanan perompak itu,jeritan Hajar kedengaran. Kedua-dua perompak itu lari menggunakan pintu belakang,mungkin kerana jeritan Hajar atau melihat darah di lengan Hajar.

  Syahidah pantas menekup luka di tangan Hajar ,telefon di capai dan no Angah di dail.
 


      Selepas ke klinik mereka ke balai polis membuat laporan. Syahidah tenang memandu kereta.Farhana sudah terlelap di belakang.

  “kak Sya nak minta maaf dengan Hajar . layanan aka pada Hajar selama ni teruk tapi Hajar masih sudi tolong akak dan Farhana.”
“itu tanggungjawab Hajar . apa lah sangat yang Hajar buat kalau nak di bandingkan jasa akak sekeluarga pada Hajar.”
   “hajar jangan cakap macam tu,Hajar pun keluarga akak,Cuma akak je yang tak peduli perasaan Hajar selama ni.”

“hana pun nak minta maaf dengan kak Hajar.”  Hajar tersenyum,sangkanya Farhana tidur di belakang. Hajar mengangguk,apa lah sangat luka di tangannya berbanding rasa gembira kerana Syahidah dan Farhana berbaik dengannya.



  Mak lang,pak lang dan Angah sampai awal pagi,selepas mendapat panggilan awal pagi semalam,mereka bergegas pulang ke Bangi. Sepanjang jalan tak putus-putus mak lang berdoa anak-anak dan anak saudaranya tidak di apa-apakan.

teruk tak luka Hajar tu?”
    “Sikit je ni mak lang.”
“dah berbalut kamu cakap sikit”
    “sorry mak lang,, hajar korbankan pasu mak lang.”
“hisy.. budak ni.. cakap macm tu pulak.. pasu boleh beli.. nyawa kamu nak beli di mana?”
 
   Hajar tahu kerisauan seorang ibu, fikirannya melayang kepada mak .
‘alangkah bagusnya kalau mak sayangkan Hajar seperti mak lang sayangkan anak-anaknya..’ hajar masih menanti lafaz sayang dari mak untuk dirinya. Hajar sendiri masih tertanya-tanya kenapa ibunya tidak dapat menerimanya seperti anak.

                                           *                            *                            *
  
   Hari sabtu Hajar di rumah.  Dalam satu bulan,hanya sabtu minggu kedua dan dan ke empat dia berehat, kafe Mutiara hanya di tutup pada hari ahad. Pagi ini Hajar tidak mempunyai apa-apa rancangan. Cuma pada sebelah petang Syahidah dan Farhana mengajaknya keluar membeli belah. Hajar hanya bersetuju walaupun tidak berniat untuk membeli apa-apa.

 “hajar..hajar..” panggilan Angah dengan wajah yang tampak kerisauan mengejutkan Hajar.
kenapa Angah?”
    “sarah..”
“kenapa dengan sarah?”
  “sarah kemalangan”
  Hajar tersandar lemah. Mungkin benar kata orang,kembar ibarat cubit paha kiri,paha kana terasa.

jom hajar,kita pergi dulu. Nanti mak lang menyusul”


  wajah bersih Sarah di pandang. Di genggam tangan adik kembarnya itu. Sebak menghimpun di dada. Menurut doktor yang merawat Sarah.kedua-dua buah pinggang Sarah rosak akibat kemalangan itu. Perlahan Hajar bangun,pintu di tutup perlahan. Dari jauh kelihatan Angah berjalan menghampiri.

Sarah macam mana?”
  Hanya senyuman di beri . angah faham senyuman itu. Masih tiada perubahan. Sarah masih bergantung dengan alat bantuan penafasan.

 Hajar menahan batuk,di tekup mulutnya supaya tidak menganggu orang lain. Ada kesan darah di situ,sakit di dada menyerang lagi,perutnya terasa senak,di paut lengan Angah di sisi. Angah memandang Hajar yang sudah tidak sedarkan diri.

  Hajar tersenyum kepada nenek yg memeluk bahunya di sisi.
hajar.. hendakkan sesuatu yang berharga memerlukan pengorbanan. Ingat lagi cerita Nabi Ibrahim a.s?”
Hajar tersenyum lagi..kepalanya di anggukkan.
Siti Sarah cemburukan Siti Hajar..lalu  Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar jauh di padang pasir di atas perintah Allah. Setiap pengorbanan akan membawa pulangan berharga,ingat lagi kn cerita nenek?”
   “siti Sarah dan Siti Hajar tidak boleh tinggal bersama ya nek? Macam Hajar dengan Sarah?”
“bukan macam tu.. itu salah satu ujian untuk Nabi Ibrahim..”

   Hajar tersedar,hilang terus bayangan nenek.
astaghfirullah..aku bermimpi…” hajar mengusap wajahnya. Neneknya seperti ingin menyampaikan sesuatu kepadanya melalui mimpi..
 “pengorbanan menbawa pulangan berharga”  bicara Hajar sendiri.

 Perlahan Hajar turun dari katil. Kini Hajar tahu apa yang patut dia lakukan untuk memenangi hati seorang ibu.





Tinta ikhlas Salsabila