Halaman

Saturday 21 July 2012

Berakhirnya satu penantian ::part 1::


   Hajar merenung titik-titik hujan yang membasahi bumi,sedari tadi dia berteleku di kamar jendela. Mengimbau kenangan silam ketika dia masih kanak-kanak,belum pun tiba hujan,tika langit suram dia sudah tersenyum gembira. Yana,Nurul,Firdaus,Zahid,si kembar Amin dan Amir serta teman sepermainannya yang lain di ajak bermain perang-perang di dalam hujan. Adakala dia dan Yana menari tarian seperti yang di tonton dalam cerita Hindustan yang disiarkan di televisyen. Hajar tersenyum sendiri apabila kenangan lalu singgah di layar minda,zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni. Bagi Hajar,zaman kanak-kanak seindah pelangi,tidak perlu berhadapan dengan masalah,tidak perlu menangis sembunyi-sembunyi seperti sekarang. Dulu apabila di rotan neneknya yang lebih di kenali sebagai Nek Jah kerana ponteng kelas mengaji,dia akan menangis sekuat hati walaupun di suruh menghentikan tangisan,dia tidak peduli.

 Prrangg..
   
Astaghfirullahala’zim…”  Petir yang berbunyi mematikan lamunan Hajar. Di pandang sekilas jam pemberian abah di tangan,jam itulah yang sentiasa menemaninya,hanya di buka ketika mandi dan mengambil wuduk sahaja. Hanya itu pemberian abah yang masih tinggal setelah rumah Nek Jah di Kampung Pasir,Semenyih hangus terbakar di jilat api yang telah meragut nyawa nenek kesayangan dan satu-satunya tempat dia bermanja. Nek Jah ibunya,Nek Jah juga lah ayahnya setelah dia diserahkan oleh mak dan abah ketika dia berusia lima bulan.

  ‘Dah pukul sebelas rupanya.’ Hajar berkata pada dirinya sendiri.dia menutup tingkap dan menarik langsir. Setelah mengambil wuduk dia duduk berlunjur di atas katil dan mula membaca tiga Qul yang di ajarkan Nek Jah,Hajar tidak pernah melupakan pesanan Nek Jah.

  “Walau di mana Hajar berada,sentiasa basahkan lidah dengan kalimah Allah dan berdoa,doa itu senjata orang mukmin. Allah malu untuk menolak permintaan hambaNya”
        “Tapi nek,kenapa ada doa Hajar yang tak di makbulkan?”
    “Jika Allah mengabulkan permintaan kita dengan segera,itu tandanya Dia sayang pada kita,bila Allah lambat mengabulkan tidak bermakna Dia tidak sayang dan tidak mendengar permintaan kita tetapi Dia ingin menguji kita dan apabila Allah tidak memberi apa yang kita minta itu tandanya Allah ingin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik kepada kita.”
           “Ouh..macam tu ya nek?” hajar terangguk-angguk mendengar penjelasan dari Nek Jah.
   “Apa yang Hajar minta?” soal Nek Jah sambil mengusap lembut rambut lurus Hajar yang di tocang satu seperti ekor kuda.
   “Hajar minta..dapat tinggal dengan mak dan abah macam Sarah.” Hajar selalu bertanya kenapa mak dan abah menyerahkan dia kepada nenek,sementara adik kembarnya Sarah dan adik beradiknya yang lain tidak.
  “Kalau mak dan abah tak bagi Hajar dekat nenek,mesti nenek duduk sorang,mesti nenek sunyi. Hajar tak kesian dekat nenek?” muka Nek Jah sayu. Hajar lantas memeluk neneknya sambil menggeleng-geleng tanda menidakkan kata-kata nenek.
  Soalan Hajar tentang sebab dia di serahkan kepada nenek tidak pernah terjawab,soalan hanya tinggal soalan,Hajar tahu ada sesuatu yang di sembunyikan oleh nenek.
 Akhirnya Hajar terlelap dengan kenangan bersama neneknya.
  

                                         *                                    *                                 *

  Usai menunaikan solat subuh ,Hajar turun ke dapur. Kelihatan ibu saudaranya Halizah atau di panggil mak lang sedang menggoreng ikan bilis,bau sambal nasi lemak mak lang sahaja sudah membuat Hajar kecur liur,mak lang memang handal di dapur. Kerjaya sebagai seorang pendidik tidak menghalang mak lang menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Awal pagi lagi mak lang sudah menyediakan sarapan kemudian ke sekolah. Sepanjang dua tahun dia tinggal bersama keluarga ini setelah kematian nenek,jarang sekali dia melihat pak lang Idrus makan di luar. Hajar tahu pak lang tidak gemar masakan luar.

  “Hajar,tolong mak lang potong timun tu,nanti lambat pulak sarapan. Kamu dari tadi berangan bukannya masuk duit pun.”
Hajar tersenyum dan mengambil timun yang sudah di basuh di dalam sinki bersebelahan dapur. Mak lang memang begitu,gemar membebel tapi Hajar tahu hati mak lang baik.

  “kalau di suruh,baru nak buat itu tandanya orang tu memang tak nak buat lar mama.” Syahidah yang baru muncul di dapur menjeling Hajar,Hajar perasan jelingan itu tapi Hajar sudah lali. Teko di capai dari rak.
mak lang belum buat air,buat air milo je lah’  monolog Hajar sendiri. Air panas di tuang perlahan.

   “Kau ni menumpang,buatlah cara menumpang. Nak sambung belajar lah.apa kau ingat percuma ke? Kau tolong along dekat kafe lagi bagus,sekurang-kurangnya terbalas jugak jasa kami bela kau ni.” lantang Syahidah bersuara. Ketika itu hanya dia,Syahidah dan Farhana berada di rumah. Mak lang,pak lang dan Abdullah yang di panggil Angah sedang menghadiri majlis perkahwinan  anak pengetua mak lang di Perak,Along Aiman pula sibuk menguruskan kafe yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

  “Betul kata kak Sya tu,kalau nak sambung belajar tapi nak mengharapkan duit orang baik tak payah.” Farhana menyokong kata-kata kakaknya. Farhana memang tidak pernah bersetuju dengannya,malah kadang-kadang Farhna sengaja mencari kesalahannya. Pernah sekali Farhana menuduh dia mencuri telefon bimbit Farhana yang hilang. Walaupun telefon bimbitnya tidak secanggih telefon bimbit Farhana tetapi dia tidak pernah terniat untuk mengambil telefon bimbit kepunyaan Farhana.

  Hajar hanya tersenyum,akhirnya dia mengambil keputusan bekerja di kafe Aiman. Pernah juga paklang bertanya tentang niatnya yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan tetapi jawapan yang di beri adalah dia sudah tidak berminat untuk belajar,walaupun hatinya terguris dengan jawapannya sendiri.



     “Berapa banyak gula kau nak letak? Kau nak semua orang dalam rumah ni kena kencing manis ke?”  sergahan Syahidah mengembalikan Hajar ke alam nyata. Senyum sumbing di beri kepada mata-mata yang memandangnya,kerap benar dia termenung kebelakangan ini.
   “Sya,cuba cakap elok-elok sikit. Pagi-pagi dah nak tambah dosa.” Tegur pak lang lembut. Syahidah menghadiahkan jelingan tajam kepada Hajar. Memang dia tdak menyenangi Hajar,sejak Hajar berada di sini papa selalu membandingkan dirinya dengan Hajar. Abang nya juga asyik menyebelahi Hajar.
  “Dah jom makan. Mana Hana? Tak bangun lagi anak dara tu?”
“Biarlah ma,bagi la adik tu rehat sementara tunggu result spm dia. Kalau bangun awal bukan nak buat apa pun.”  Syahidah membela adik bongsunya.
  “Elok sangat lah tu , tidurlah sampai petang. Biar tertutup pintu rezeki.” Angah menyampuk,dia selalu tidak sependapat dengan dua orang adik perempuannya itu.
 Hajar menggosok dada,terasa perit di situ. Angah perasan kerutan menahan sakit di muka Hajar,di sua segelas air masak,Hajar menyambut gelas di tangan dan membalas senyuman Angah. Di dalam rumah ini,hanya Angah yang paling memahami Hajar.



    Kafe Mutiara hari ini tidak sibuk seperti hari minggu,Hajar selesa bekerja dengan abang sepupunya itu walaupun Aiman agak pendiam berbanding Angah tetapi dia seorang bos yang bertolak ansur. Telefon bimbit di kocek seluarnya berbunyi,tertera nama sahabat baiknya di kampung,Adilah,salah seorang sahabat yang rapat dengannya.

Assalamua’laikum.”
“Wa’alaikumussalam. Dila.” Hajar tersenyum menyambut salam sahabatnya. Rasa rindu dan sebak singgah di hati secara   tiba-tiba,semenjak dia meninggalkan kampung hanya sekali dia berpeluang berjumpa sahabatnya itu secara kebetulan dia mengikut pak lang ke majlis perkahwinan .

 “Kau apa khabar Hajar? Rindunya dekat kau?”
“Alhamdulillah sihat. Kau?”
  “aku macam ni la..sentiasa sihat. Bila kau nak balik kampung? Kau tak nak jumpa kawan –kawan dekat sini dah ke?”
“bukan aku tak nak balik Dila. Tapi kau tau kan keadaan aku.”
   “iya,aku faham. Nanti aku pergi melawat kau dekat sana ok?”
“apa khabar kawan-kawan yang lain?”
   “siti dah kahwin ,Wati sambung belajar dekat Sabah,Yana sambung maktab di kedah. Kau ingat lagi Izzat?”
“seronoknya aku dengar,nanti sampaikan ucapan tahniah dan salam aku dekat semua. Izzat?”
   “ye la Izzat.. takkan kau lupa?izzat yang kau pernah suka dia dulu tu?”
 Hajar tersenyum sendiri..
 “ye ingat. Kenapa dengan dia?”
“dia dah pergi sambung belajar luar negara tau”

“Hajar,ada orang cari kau dekat meja luar!” jerit Fatin,salah seorang pekerja Kafe Mutiara.

  “Dila,aku ada hal sikit,nanti aku call kau bila aku free.”
 “ok. Kirim salam dekat mak lang dan pak lang kau dengan abang Aiman kau yang hensem tu sekali ye”
    “hisy..gatal kau sekarang ni ye. Mail kau nak campak mana? “
“ok..ok.. nanti kau kena marah pulak dengan bos. Pergi buat kerja kau. Aku letak dulu ni.. assalamua’laikum..”
   “Wa’alaikumussalam..”

   Hajar bangun sambil membetulkan tudung kemudian menuju ke meja orang yang ingin berjumpa dengannya,dari pandangan belakang dia sudah dapat meneka siapa gerangannya. Imran,salah seorang kenalannya sejak dia bekerja di kafe Mutiara. Pemuda yang bakal bergelar arkitek itu selalu berkunjung ke sini dan keramahan Imran lah yang menukar status pelanggan menjadi seorang sahabat.

Assalamua’alaikum. Lama tak Nampak,mana kau pergi?” hajar menarik kerusi yang berhadapan dengan Imran.
  “Wa’alaikumussalam.. aku sibuk sikit kebelakangan ni. Kau sihat?nampak macam makin kurus je kau sekarang?” imran meneliti Hajar. Hajar terbatuk perlahan. Sakit di dadanya agak kerap menyerang kebelakangan ini.

  “kau diet eh?” soal Imran lagi.
Hisy..mana ada.. jadual makan aku tak teratur kut.” Hajar akui kebelakangan ini selera makannya berkurang,kalau makan pun hanya dalam kuantiti yang sedikit.

  “kau nak pergi mana-mana tak lepas ni? Tolong hantar aku dekat klinik depan simpang sana tu kejap,boleh? Kau hantar je,nanti aku balik sendiri. Aku nak ambil ubat batuk,makin menjadi-jadi batuk aku ni kalau tak berubat. Kau nak minum apa? Jap aku pergi ambil.”
   “aku tak kisah la.. macam biasa.”
 Hajar tersenyum,tahu sangat dia dengan teh ais limau kegemaran Imran.
   Imran membalas senyuman Hajar. Kalau yang meminta tolong adalah Hajar Safiyyah,tidak mungkin dia menolak. Setelah mengenali Hajar,dia semakin menyenangi gadis itu,walaupun tidak banyak yang dia tahu mengenai Hajar,tetapi dia yakin Hajar gadis yang baik.







               Tinta ikhlas Salsabila

No comments: