Halaman

Thursday 12 March 2015

Selamat Hari Lahir Aseben

Selamat hari lahir satu-satunya aseben
satu-satunya penawar
satu-satunya racun
satu-satunya kekasih
selain Amani
satu-satunya teman bercanda paling kuat mengusik
satu-satunya suami
satu-satunya kekasih paling hensem kepada kekasihnya yang comel 

Sebenarnya taktau nak wish apa sebab mungkin harapan dan ucapan serta doa untuk aseben mesti ayat sama lebih kurang cam tahun lepas,macam copy paste pulak nanti.

Yang tulus dari kami berdua,sayang mewakili Amani doakan abang/abah sentiasa dilimpahi rahmat,rezeki dan kebahagiaan berpanjangan bersama kami berdua dan adik-adik Amani haha.
Semoga impian dan harapan abang tertunai kalau bukan sekarang pun,insyAllah suatu hari nanti dan kami berdua akan sentiasa menyokong abang/abah dan kesusahan serta kegagalan yang kita lalui bukanlah penamat bahkan ia permulaan buat kita dan sebagai pendorong dan peringatan sekiranya kita berhadapan dengan situasi yang sama di waktu yang berbeda.

Tahun 2014 memang tahun yang sangat -sangat mencabar buat kami,tapi alhamdulillah permulaan tahun 2015 dibuka dengan awal yang baik dan semakin bertambah baik walaupun masih ada ujian sampingan. Terima kasih untuk perkongsian,nasihat,semangat dan usaha sama yang abang berikan buat tahun lalu yangmencabar.

 Tahun 2015 adalah tahun pertama abang sambut hari lahir sebagai abah,tapi nampaknya abang lebih esaited nak sambut hari lahir Amani 16march ni,sampai kata abang,birtdhay abang takyah sambut atau hadiah la,kita buat untuk Amani je nanti. Hoihs mana boleh,dah sayang dua-dua opkos la akan layan sama rata. :) Seiring dengan peningkatan usia alhamdulilah perubahan pada diri abang sangat2 dihargai,sebagai pasangan yang semakin faham peel baik buruk bini,waktu nak belajar faham tu yang mencabar dan sebagai abah yang penyayang buat anak manja yang tiap hari tidur bawah ketiak abah tapi nak susu cari umi jugak.

Ucapan apa panjang berjela2 nih,kalau guna kad kompom kena beli 2/3,ahaa rangkap terakhir la semoga abang dipanjangkan umur jika panjang umur abang,kalau sayang mati dulu harap jangan kawen lain bhehebhe dan sentiasa dalam lindungan rahmatnya.

Selamat ulangtahun yang ke-22
hee dah tua.




Tuluih ikhlaih
Isteri awak yang pertama dan terakhir.

Monday 9 March 2015

Saling menghargai itu sebenarnya sebuah penghargaan

Sebab aku pernah kehilangan jadi aku lebih menghargai,bukan susah pun untuk menghargai seseorang tu,cukup dengan tahu apa kesukaan dia,apa yang buat dia kurang selesa dan kalau ada rezeki lebih belilah apa-apa benda yang dia ingin dan suka sumpah dia akan sangat mnghargai walau murah dan tidak seberapa.

Bagi pasangan ini nasihat yang lebih pada diri aku sendiri,cara untuk menghargai buat apa dia suka dan elak benda yang buat dia marah dan menyampah,simple sangat sebenarnya menghargai dan memberi penghargaan pada seseorang kadang tak perlu bekerja keras pun untuk buat cuma kadang kita lambat sedar atau tak sedar lansung.

Cara menghargai kawan dengan menegur kesilapan dia secara peribadi dan gentle,berdepan dengan dia slow talk dan bagitahu dengan cara paling berhemah yang dia dapat terima,tak perlu canang keburukan dan kelemahan dia di belakang kalau tak mampu tegur,duduk diam-diam lebih baik dan berdoa moga dia sedar secepat mungkin.

Menghargai ibubapa dan anak paling senang sebab mereka yang paling dekat dengan kita,pastinya kita tahu apa yang buat mereka terasa berharga dan dihargai.

Penghargaan dengan cara paling sederhana tapi menjadi moment paling indah dan berharga.

Bella jubah corak moden dan murah

Assalamualaikum.

Nak share lagi jubah yang best dan murah,baru beberapa hari release dah kena restok batch kedua,sangat laku macam pisang goreng panas. Sebab ada yang minta restok,jadi Bella Jubah direstok untuk batch 2. Masih berpeluang untuk dapatkan sementara stok masih ada.

Yang bestnya material Bella Jubah adalah chiffon pastu fully lining dah tak payah susah-susah nak sebok beli inner bagai,memang jimat sangat dah. Tapi sayangnya design ni tak nursing friendly,jadi mak-mak yang menyusu harap pertimbangkan dua kali,tapi kalau dah berkenan jugak nak beli sangat boleh hantar kedai alter letak zip :)

Bella ada dua warna dan satu saiz sahaja.Harga berbeza sebab yang black agak besar dan lebih labuh sedikit.

Jom bergaya dengan Bella Jubah corak moden dengan selesa sebab sopan dan longgar.
 
Bella black RM65 exc pos
free size S-XL

Bella white RM60 exc pos
free size S-L 

Postage sm rm6,ss rm9
Nak order boleh pm Facebook salsabila ibrahim 
Boleh juga whatsapp 0194350810 dan nak order by email pun boleh terus email kembara.thahirah93@gmail.com.
  

Friday 6 March 2015

Jubah Murah Dah Murah Pastuh Ada Sale lagi

Selalu cari jubah material best tapi harga berpatutan meh nak share jubah best tengah promosi kaw2 nih,design simple dan eksklusif available untuk saiz s/l dan xl/xxl.
Yang berisi jangan risau sebab memang tak ketat lansung bahagian dada yang mana selalu kita jumpa kain cantik dah stylo mylo tapi ketat bahagian dada memang pakai sambil rasa tak ikhlas walaupun lawa.

Design khas buat mak mak menyusu lagi jadi tak perlu risau menyusu pun boleh bergaya letop-letop macam anak dara ,juga wudhu friendly.

Harga asal RM110 exc postage tapi owner kita berbesar hati nak bagi harga jatuh merudum tak bangun dah RM89 exc postage.
Kalau nak tau best ke tak kena cuba dulu lah,berminat boleh pm facebook salsabila ibrahim atau boleh e-mel ke kembara.thahirah93@gmail.com dan kalau malas sangat boleh meseg/whatsapp 0194350810.

Zada jubah nih ada 6 kaler tapi 1 kaler dah sold out tinggal lagi 5 kaler sahaja. Dan untuk kaler maroon hanya tinggal xl/xxl sahaja.

Jom layan gambar Zada Jubah super comfy dan murah nih.


Ukuran untuk rujukan gadis-gadis dan mak mak
 
 kod cream
s-l / xl-xxl

 kod peach
s-l / xl-xxl

kod navy blue
s-l  / xl-xxl

kod maroon
s-l / xl-xxl

 kod bluemint
s-l / xl-xxl

Suggest untuk bridemaids sebab kaler pastel jadi keanggunan sang pengantin tak tenggelam dek si pengapit terlebih melaram.
Jom dapatkan sementara stok yang hujung tanduk ni habis.