Halaman

Saturday 6 July 2013

Bahagia

Tidak di jual,tiada harga kerana bahagia tidak dapat di nilai harganya.
Ujian datang sebelum bahagia memberi salam,dalam bahagia pasti masih terselit duka.

Sebelum Allah menghadiahkan saya kebahagiaan ini,Dia menguji saya dengan kehadiran seorang lelaki yang diperkenalkan oleh adik perempuan saya. Lelaki yang pada pandangan saya baik budi pekertinya,sopan tutur kata dan merendah diri walaupun berasal dari keluarga berada.
Namun jodoh kami tiada walaupun keluarga saya dan keluarga lelaki tersebut sudah saling berkenalan,walaupun dia bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mengambil saya sebagai isteri yang sah di sisi syariatNya.

Halangan dari ahli keluarganya tidak memungkinkan kami untuk meneruskan niat mendirikan masjid dan membina hubungan di antara dua keluarga yang sememangnya dari latar belakang yang berbeza. Saya hormati keputusan keluarganya yang mahukan dia menamatkan pengajian sebelum mendirikan rumahtangga. Saya akur dengan keputusan keluarganya yang tidak mahu mengikat kami dalam sebarang perhubungan. Keluarga adalah segala-galanya. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana ini memang takdir untuk saya dan dia. Dia telah berusaha untuk membina hubungan halal antara kami namun perancangan Allah lebih indah.

Hanya beberapa bulan selepas kisah duka berlalu,Allah hadiahkan saya seseorang yang sangat bermakna dalam hidup saya yang kini menjadi suami saya insyAllah sehingga akhir hayat.

Setiap yang berlaku dan setiap ujian yang datang terselit hikmah yang tidak kita duga. Allah menguji saya sebelum menghadiahkan bahagia yang tidak ternilai harganya. Suami saya adalah anugerah terindah buat saya,saya bahagia menjalani hidup ini seadanya bersama dia,mencipta bahagia walau kadang ujian melanda.

#notahati#Dalam duka terselit bahagia,setiap yang berlaku adalah takdir terindah jika kita bersyukur. Terima seadanya kerana tiada manusia yang sempurna.






Tinta ikhlas Salsabila

Sunday 28 April 2013

Barakah. Indah. Hadiah

Assalamualaikum
  Nikah pada hari jumaat adalah salah satu impian & harapan saya. Kenapa saya pilih jumaat,x jelaskan pun orang dah tahu,hari jumaat penghulu segala hari dan banyak lagi peristiwa dan kelebihan hari jumaat sebab tu saya nak sangat222 nikah hari jumaat.

 Pada mulanya tarikh nikah saya hari rabu bersamaan 27march,bila saya dengar,rasa kecewa sikit tapi redha (redha eh kalau sampai termimpi2 nak hari jumaat jugak2) O_O Tak lama kemudian,tarikh brubah ke 25march dan x lama jugak selepas tu tarikh berubah 22march yang jatuh pada hari jumaat.Perasaan saya waktu tu ..(x payah bagitau pun dah boleh agak kot) HAPPY ^_^ . Akad nikah sekali walimah,bila saya jemput orang,ramai yang pelik sebab walimah hari jumaat. 

Ada yang cakap tak pernah dibuat orang
Abi cakap orang tak buat kita buat

 Yang paling saya ingat( insyaAllah sampai bila2) saya jemput salah seorang ustaz di madrasah saya
Saya : Ustaz,jemput datang kenduri di rumah
Ustaz : InsyaAllah,bila?
Saya : 22march,hari jumaat minggu depan
Ustaz : Kenduri apa? kenduri arwah ke?
Saya : @#^_^!@

  Mula2 ada jgk rasa risau+sedih sbb ada saudara-mara,kawan2 yang x dapat datang sebab x cuti,btw terima kasih atas doa kalian walaupun x dapat hadir. 

#notahati# Ambil keberkatan hari jumaat,semoga baitul muslim kami berkekalan hingga ke akhir hayat.



Tinta ikhlas Salsabila

Saturday 27 April 2013

Suamiku Jururawat

Assalamualaikum.
 Happy+terharu

1st time demam selepas bergelar isteri dan sudah tentu2nya yg merawat+menjaga+teman saya suami yg sabar dengan karenah orang demam. Malam2 minta tomyam,and dia tolong masak(tapi dekat kedai). ^_^
Tolong paksa makan,mandi,jogging walaupun ikutkan badan&hati memang xdaya nak bangun. Seronok jugak jadi orang sakit,nak makan apa,cepat je dapat. Roti,100plus,aiskrim,burger dll. Pelik jugak kalau org lain demam hilang selera makan,tapi saya demam mcm bertambah2 selera makan. ok,demam kali ni macam demam mengada2,kalau demam yg teruk sgt,mmg hilang terus selera makan even ada nasi goreng kailan ikan masin special+ayam masak kicap.

#notahati#Saya tolong dia dpt pahala layan isteri ^_^


Tinta ikhlas Salsabila

Friday 12 April 2013

Bermulanya Satu Perjalanan


Assalamualaikum wbt.
 Alhamdulillah.
  Tiada kata2 yang mampu diungkap bagi menyatakan kesyukuran diatas nikmat yang Allah s.w.t kurnia. Jumaat menjadi saksi sebuah ikatan suci yang terbina,hanya dengan sekali lafaz Salsabila Binti Ibrahim sah menjadi suri hidup Nursalim Bin Ali. Beberapa minggu sebelum walimah,hati kadang goyah apabila kata2 sinis kedengaran,tidak kira dari teman atau saudara terdekat,namun Alhamdulillah masih ada yang tidak jemu menghulurkan kekuatan agar tidak terus goyah. Kahwin di usia muda bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Suami dan keluarga dari kedua belah pihak terus memberikan dorongan kepada saya dan suami.

  Menyingkap kembali pertemuan saya dan suami. Mengikut cerita suami,dia melihat saya pada tahun 2011 sewaktu madrasah tempat kami belajar mengadakan kem 2hr 1mlm di Putri Ayu Chalet Yan,Kedah. Tanpa melihat wajah saya,dia jatuh hati. pada mulanya saya agak pelik. (^_^) tetapi kuasa Allah tiada siapa dapat menafikan. Jatuh hati tanpa tahu siapa empunya diri hatta nama. Dengan izin Allah dan bantuan sahabat,dia akhirnya mengetahui serba sedikit tentang saya.

  Awal oct 2012,berbekalkan semangat dan kesungguhan,suami datang bertemu Abi menyatakan hajat di hati. Selepas musyawarah dan istikharah,saya menerima dia sebagai bakal teman hidup saya disaat suka duka dan pemimpin dalam kerajaan kecil kami walaupun suami sebaya umur saya. Kematangan bukan dinilai dari sudut umur seseorang.

  Setelah mendapat restu dari kedua belah pihak,22march 2013 dengan izin Allah bermulalah satu lembaran hidup kami berdua. Terima kasih kepada Abi,Umi,Mak,Bapa,Mama serta saudara mara dan sahabat handai yang banyak membantu.

  Dengan berkat doa kalian,semoga perjalanan hidup kami sentiasa dalam redha Ilahi.

Saat lafaz sakinah
  Berwalikan abang kandung saya,sempurnalah lafaz ijab dan qabul. Sebuah walimah yaang sederhana pada pandangan saya,di iringi hujan rahmat,berlangsungnya walimah di kediaman keluarga saya dengan kedatangan keluarga suami saya dari Sabah,terima kasih mama dan bapa serta adik2.



  Walimah dengan tema 'sederhana' meriah dengan kedatangan saudara-mara dan sahabat handai,biarpun ada yang mengatakan perkahwinan sekali seumur hidup biarlah mewah+meriah. Bukan itu jadi impian,cuma keberkatan yang didambakan. Biar apa orang kata,pekakkan telinga,yang baik jadikan pedoman,yang buruk buang jauh2. Walaupun buat benda baik,tapi tak semua orang akan support kita.



Sendiri bikin+simple

Time ambil gambar,macam..suami lbh pemalu dari saya ^_^


Walaupun kami sebaya,dia tetap suami saya yang wajib saya hormati.




Langkah kami baru bermula,seiring restu dan dan doa kalian semua agar kami dapat menempuh badai yang melanda,agar kami tidak goyah di pertengahan kembara. 


#notahati# Love Until Jannah..



Tinta ikhlas Salsabila