Halaman

Saturday 6 July 2013

Bahagia

Tidak di jual,tiada harga kerana bahagia tidak dapat di nilai harganya.
Ujian datang sebelum bahagia memberi salam,dalam bahagia pasti masih terselit duka.

Sebelum Allah menghadiahkan saya kebahagiaan ini,Dia menguji saya dengan kehadiran seorang lelaki yang diperkenalkan oleh adik perempuan saya. Lelaki yang pada pandangan saya baik budi pekertinya,sopan tutur kata dan merendah diri walaupun berasal dari keluarga berada.
Namun jodoh kami tiada walaupun keluarga saya dan keluarga lelaki tersebut sudah saling berkenalan,walaupun dia bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mengambil saya sebagai isteri yang sah di sisi syariatNya.

Halangan dari ahli keluarganya tidak memungkinkan kami untuk meneruskan niat mendirikan masjid dan membina hubungan di antara dua keluarga yang sememangnya dari latar belakang yang berbeza. Saya hormati keputusan keluarganya yang mahukan dia menamatkan pengajian sebelum mendirikan rumahtangga. Saya akur dengan keputusan keluarganya yang tidak mahu mengikat kami dalam sebarang perhubungan. Keluarga adalah segala-galanya. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana ini memang takdir untuk saya dan dia. Dia telah berusaha untuk membina hubungan halal antara kami namun perancangan Allah lebih indah.

Hanya beberapa bulan selepas kisah duka berlalu,Allah hadiahkan saya seseorang yang sangat bermakna dalam hidup saya yang kini menjadi suami saya insyAllah sehingga akhir hayat.

Setiap yang berlaku dan setiap ujian yang datang terselit hikmah yang tidak kita duga. Allah menguji saya sebelum menghadiahkan bahagia yang tidak ternilai harganya. Suami saya adalah anugerah terindah buat saya,saya bahagia menjalani hidup ini seadanya bersama dia,mencipta bahagia walau kadang ujian melanda.

#notahati#Dalam duka terselit bahagia,setiap yang berlaku adalah takdir terindah jika kita bersyukur. Terima seadanya kerana tiada manusia yang sempurna.






Tinta ikhlas Salsabila

No comments: