Halaman

Tuesday 15 July 2014

Welcome Back !

 Assalamualaikum. Dah lama tak menulis sampai tak tahu nak tulis apa. Niat nak aktif di blog macam setakat melepas batuk di tangga je :(

 Sebenarnya saya memang suka menulis,kalau dulu saya selalu luahkan perasaan dengan penulisan tapi sejak kahwin ni macam tak terluang dan takda masa menulis. Padahal ada je masa,cuma tak gunakan masa tu,tu je.

Sekarang mungkin sebab ada tempat meluah perasaan sebab dah ada tempat nak luah (of course my hubby). Tapi rasa rindu sangat nak menulis selain kelek anak. Kadang2 dah ada mood,tiba2 ada kerja then bila settle kerja,mood pun lari kemana ntah. Tapi sekarang mood tu datang dan anak pun dah tidur. Last entry time baru nikah,ni sampai dah ada sorang anak baru sentuh blog,memang dah basi sangat blog nih. Dan memandangkan sekarang dah ada mood menulis,jadi laju ja menaip sebab macam terlalu banyak nak tulis walaupun tau bukan orang nak baca sangat. 

Saya,Umi Amani nak ucapkan kepada diri sendiri,selamat kembali ke dunia blog !

Tinta ikhlas Salsabila

No comments: