Halaman

Tuesday, 15 July 2014

Percaya

Assalamualaikum
dan
selamat pagi.

Selamat berjaga untuk diri sendiri. Entah kenapa tak boleh lelap jugak walaupun cuba jugak lelap sampai bagi gelap terus bilik supaya senang terlelap. Tapi degil mata macam tuan jugak .

Mungkin sebab lama tak menulis ,sebab tu qadha. Kira2 setahun jugak la stop menulis,time pregnant tu,macam alah dengan blog ni,kalau buka ja,mesti rasa macam ..tak lah loya sampai nak muntah,amboi melampau la sampai nak muntah. Kalau tuan blog nak muntah tengok blog sendiri,agak2 orang baca pun nak muntah jugak ke ?

Entry ni saya nak sentuh tentang percaya dan kepercayaan. Saya sendiri jenis cepat percaya orang,itu salah satu kelemahan saya . Tapi kalau saya hilang kepercayaan dekat seseorang tu,memang susah nak dapatkan balik kepercayaan saya. Tambah lagi saya baru terkena dengan seseorang yang saya panggil dia sahabat sebelum saya ditipu/dikhianati. Saya tak tau nak kategori macam mana kes saya. Sebab memang selama ni dia sangat baik untuk saya. That why saya rasa susah nak percaya apa yang sebenarnya berlaku. 

Berkali2 saya nak anggap semua tu as mimpi,tapi hakikat tetap hakikat,takkan saya nak berpura2 takda apa,sedangkan hati saya sakit gila. Dan saya bukan seorang yang pandai berlakon macam takda apa2. Jujur,saya tak reti,walau macam mana pun nak berlakon,mesti zahir jugak perasaan sebenar saya.

Jadi,dari saya terus berlakon,baik saya berterus terang terus yang saya tahu segalanya. Jujur saya tak berdendam dengan dia,cuma hati saya sakit. Kadang2 saya rindu,saya rindu dia yang dulu,yang tak mengkhianati saya. Saya rindu kenangan antara kami.  Tapi kadang2 saya benci,benci dengan sikap dia. Saya harap satu hari nanti dia berubah.

Dendam takkan bawa saya kemana2,dan sahabat yang begitu,bukan sahabat saya.

Tinta ikhlas Salsabila

No comments: