Halaman

Saturday, 30 August 2014

Bahagia

Bahagia tak semestinya digambarkan dengan hidup mewah,kereta Bmw,duit ribu riban dalam poket itu tak masuk lagi yang ada dalam bank. Bahagia jugak tak seharusnya kena holiday oversea tetiap tahun,celebrate eniberseri yang gah2. Bahagia tu kadang boleh di cipta dengan mudah,kalau bahagia tu kena guna duit,maknanya orang2 kat luar sana yang xberduit ribu riban tak bahagia.

Belajar cipta suasana bahagia dengan pasangan/ibu/anak/rakan. Sesetengah orang kita pandang orang yang berduit,pakai barang berjenama,holiday tiap 5 bulan sekali,itu bahagia. Ya,mungkin mereka bahagia tapi bukan seharusnya jadi seperti mereka baru kita boleh rasa bahagia tu.

Tak dinafikan kadang kita akan berdepan dengan masalah,kita mula rasa down. Rasa macam hari esok tu gelap gulita. Saya sendiri kadang bila diuji rasa putus asa tapi tanamkan dalam hati biar tumbuh keyakinan yang setiap masalah ada jalan penyelesaian.



Tinta ikhlas Salsabila

No comments: