Halaman

Tuesday 15 July 2014

My Little Amani

Assalamualaikum,

Amani dah nak masuk 4 bulan baru Umi nak update,saya update bukan sekadar nak share atau nak bangga macam saya sorang je ada anak. Saya share supaya nanti kalau saya terlupa saya boleh baca atau bila Amani besar nanti saya boleh bagi Amani baca :) how sweet Umi Amani. Perasan.

 Alhamdulillah saya tak banyak masalah time ngandungkan Amani cuma 8month + ,hb sy asyik low sampai rasa macam tension sangat takmau naik2. Saya cuba macam2 ,orang cakap jambu batu,saya amik jambu batu,banyak lagi lah petua yang sy try. Kecuali organ2 dalaman haiwan tu saya tak ambik sebab saya tau tak elok.

Contraction pun tak lama sampai nurse pun cakap
'bertuah awak,baru masuk kejap,dah bersalin. Setengah orang sampai berhari2 di wad'
Alhamdulillah Allah permudahkan,bukan saya tak sakit,sakit. Tapi tak lama. Kalau orang tanya sakit yang macam mana,saya tak reti nak explain 'rasa' tu macam mana dan mungkin bagii setengah orang,lain 'rasa' sakit tu. Tapi kalau orang tanya,saya akan cakap 'beranak dulu la,baru tau macam mana' hehe jawapan paling selamat.

Cuma sy imagine la sebelum bersalin tu,kan selalu tengok drama2 kat tv espcially drama melayu,sakit nak bersalin tu macam terlampau2,jerit2.  Saya fikir,ish macam tu ke nanti?malunyaa. Hakikatnya takda la sampai macam tu,yang dalam drama tu..dah nama pun DRAMA,gitulah..

Alhamdulillah saya bersalin awal pagi lepas subuh tapi tak la subuh sangat ,dah jam 7 setengah lebih gitu. 1st time saya tengok muka Amani,time tu saya sangat2 penat,jadi macam takda reaksi sangat. Tapi time nurse dah mandikan Amani and serah dekat saya untuk susukan dia,saya dah bertenaga sikit lepas terlelap and minum milo yang nurse bagi,bila pandang Amani.. perasaan tu pun tak boleh ditafsirkan. Rasa tak percaya,terharu dan segala rasa ada.

Tak mau percaya pun,kena percaya jugak. Saya dah jadi seorang Umi sekarang. 

Gambar pertama Amani selepas lahir,itupun ChiAh yang ambikkan,Umi belek budak yang duk kick Umi malam2 sampai terlupa nak amik gambar.Harap ja stand by camera,tapi tak jugak guna.

Itu amanah Allah untuk saya.
Mungkin saya tak mampu beri segalanya untuk Amani,tapi saya akan cuba buat segalanya untuk dia.

Tinta ikhlas Salsabila

No comments: