Halaman

Sunday 28 April 2013

Barakah. Indah. Hadiah

Assalamualaikum
  Nikah pada hari jumaat adalah salah satu impian & harapan saya. Kenapa saya pilih jumaat,x jelaskan pun orang dah tahu,hari jumaat penghulu segala hari dan banyak lagi peristiwa dan kelebihan hari jumaat sebab tu saya nak sangat222 nikah hari jumaat.

 Pada mulanya tarikh nikah saya hari rabu bersamaan 27march,bila saya dengar,rasa kecewa sikit tapi redha (redha eh kalau sampai termimpi2 nak hari jumaat jugak2) O_O Tak lama kemudian,tarikh brubah ke 25march dan x lama jugak selepas tu tarikh berubah 22march yang jatuh pada hari jumaat.Perasaan saya waktu tu ..(x payah bagitau pun dah boleh agak kot) HAPPY ^_^ . Akad nikah sekali walimah,bila saya jemput orang,ramai yang pelik sebab walimah hari jumaat. 

Ada yang cakap tak pernah dibuat orang
Abi cakap orang tak buat kita buat

 Yang paling saya ingat( insyaAllah sampai bila2) saya jemput salah seorang ustaz di madrasah saya
Saya : Ustaz,jemput datang kenduri di rumah
Ustaz : InsyaAllah,bila?
Saya : 22march,hari jumaat minggu depan
Ustaz : Kenduri apa? kenduri arwah ke?
Saya : @#^_^!@

  Mula2 ada jgk rasa risau+sedih sbb ada saudara-mara,kawan2 yang x dapat datang sebab x cuti,btw terima kasih atas doa kalian walaupun x dapat hadir. 

#notahati# Ambil keberkatan hari jumaat,semoga baitul muslim kami berkekalan hingga ke akhir hayat.



Tinta ikhlas Salsabila

No comments: