Halaman

Thursday 12 March 2015

Selamat Hari Lahir Aseben

Selamat hari lahir satu-satunya aseben
satu-satunya penawar
satu-satunya racun
satu-satunya kekasih
selain Amani
satu-satunya teman bercanda paling kuat mengusik
satu-satunya suami
satu-satunya kekasih paling hensem kepada kekasihnya yang comel 

Sebenarnya taktau nak wish apa sebab mungkin harapan dan ucapan serta doa untuk aseben mesti ayat sama lebih kurang cam tahun lepas,macam copy paste pulak nanti.

Yang tulus dari kami berdua,sayang mewakili Amani doakan abang/abah sentiasa dilimpahi rahmat,rezeki dan kebahagiaan berpanjangan bersama kami berdua dan adik-adik Amani haha.
Semoga impian dan harapan abang tertunai kalau bukan sekarang pun,insyAllah suatu hari nanti dan kami berdua akan sentiasa menyokong abang/abah dan kesusahan serta kegagalan yang kita lalui bukanlah penamat bahkan ia permulaan buat kita dan sebagai pendorong dan peringatan sekiranya kita berhadapan dengan situasi yang sama di waktu yang berbeda.

Tahun 2014 memang tahun yang sangat -sangat mencabar buat kami,tapi alhamdulillah permulaan tahun 2015 dibuka dengan awal yang baik dan semakin bertambah baik walaupun masih ada ujian sampingan. Terima kasih untuk perkongsian,nasihat,semangat dan usaha sama yang abang berikan buat tahun lalu yangmencabar.

 Tahun 2015 adalah tahun pertama abang sambut hari lahir sebagai abah,tapi nampaknya abang lebih esaited nak sambut hari lahir Amani 16march ni,sampai kata abang,birtdhay abang takyah sambut atau hadiah la,kita buat untuk Amani je nanti. Hoihs mana boleh,dah sayang dua-dua opkos la akan layan sama rata. :) Seiring dengan peningkatan usia alhamdulilah perubahan pada diri abang sangat2 dihargai,sebagai pasangan yang semakin faham peel baik buruk bini,waktu nak belajar faham tu yang mencabar dan sebagai abah yang penyayang buat anak manja yang tiap hari tidur bawah ketiak abah tapi nak susu cari umi jugak.

Ucapan apa panjang berjela2 nih,kalau guna kad kompom kena beli 2/3,ahaa rangkap terakhir la semoga abang dipanjangkan umur jika panjang umur abang,kalau sayang mati dulu harap jangan kawen lain bhehebhe dan sentiasa dalam lindungan rahmatnya.

Selamat ulangtahun yang ke-22
hee dah tua.




Tuluih ikhlaih
Isteri awak yang pertama dan terakhir.

No comments: