Halaman

Monday, 26 January 2015

Pampers pilihan

Dulu time tak kawen lagi asyik tengok kat mana sale barang ladies,sekarang dah ada Amani asyik check smartshopper kat mana ada sale pampers. Ngengg .
Sepanjang 10bulan Amani ada try beberapa brand pampers,tapi ini hanya pendapat dan pengalaman peribadi berdasarkan pengalaman Amani guna,mungkin ibu ibu di luar sana berlainan pendapat dengan aku :) peace

Waktu 1st time nak beli tulah paling seksa nak pilih,amik yang ni letak pastu amik yang lain letak balik sebab rasa yang tadi pilih lagi cantik pastu nampak pulak yang lain pastu rasa eh yang ni lagi nampak best. Last last aku pilih brand pet pet sebab nampak comel,itu je sebabnya? kahkaha. 

Packaging menyerlah sebab tu aku amik,so far Amani ok dengan Pet Pet. Tapi aku pulak boring pastu next pampers aku pilih Drypers sebab tengok kakak aku guna brand ni dan nampak ok.
Harga lebih kurang Pet Pet tapi aku perasan Pet Pet lagi kecik dari Drypers sebab time Amani guna size S Drypers ngam2 je ok tapi kalau Pet Pet kecik sikit. Drypers tak bocor pastu ilustrasi dia cantik memang pandai menggamit hati mak mak ,packacing dia pun lebih menarik banding dengan dulu :) Cuma satu aku kurang berkenan kalau pakaikan pampers tanpa seluar contoh macam kat rumah kadang aku pakaikan Amani gaun tanpa seluar kecik mesti pampers jadi berbulu. hooo itu ja kurang berkenan dihati.
Habis 2/3 pack aku dah mula bosan dan nak cuba sesuatu yang baru,ada orang rekemen aku guna Hey Baby sebab tak bocor dan kualiti bagus walaupun lebih murah. Sebagai mak mak jenis senang termakan hasutan aku try la.


Memang terbukti la jenis tak bocor cuma pelekat dia aku geram sikit,dah la si Amani kalau ajak tukar pampers macam ajak bergusti ,gigil2 tangan aku tarik pelekat. Harga berpatutan dan kualiti bagus. Tak lama tu aku tengok sepupu aku guna brand Whoopee aku soal siasat dia cakap ok,memang terus masuk list pilihan aku untuk next pampers .
Untuk Whoopee aku takda apa2 ketidakpuasan hati sebab berbaloi dengan harga bagi aku aku guna ada la dalam 2/3 pack juga pastu aku nak cari pampers yang murah2 untuk pakai sekejap2 tu contoh selepas mandi petang lebih kurang jam 6-10malam pastu sebelum tidur tukar takkan nak pakai yang mahal pastu pakai 3-4 jam. Bukan tak boleh bangun tengah malam tukar pampers tapi aku spesis kalau terbangun tengah malam aku mamai pastu bukan aku ingat kadang aku punya lah sembang dengan somi,pastu esok kalau dia cerita tentang apa kami sembang malam tadi mati2 aku nafikan padahal aku yang mamai.
Aku pilih Fitti tapi sempat pakai setengah pack sahaja sebab Amani kulit mengada-ngada kahkah. Mesti merah2 pastu ada macam ruam,sebelum jadi lebih teruk aku stop.Harga lebih kurang Hey Baby tapi Amani ngan pulak Hey Baby . Jadi lagi setengah tu aku pass dekat sepupu aku.
Aku beli Diapex nak try saja tapi alih2 jatuh cinta sebab dahlah comel ilustrasi dia,pelekat pun macam Pet Pet tapi harga murah pulak,pastu kalau bangun pagi kering ja dan gel2 tak membiak,faham kot maksud aku? nampak nipis saja walaupun pakai lama dan dah tentu baby dah banyak membuang air. So sekarang ni aku pakai Diapex dengan Drypers,berselang seli aku beli konon macam nak adil padahal aku yang jemu dah sehari aku sorang saja 2/3 kali tukar pampers Amani,nak jugak tukar angin. Kadang-kadang abah dia,tapi orang laki mana amik port pasal nih.

Baru baru ni time aku balik Sabah teringin pulak nak cuba jenama lain,aku pun pilih Huggies sebab konon nak merasa pampers mahal sikit,tapi bagi aku ,ini pendapat peribadi aku la sama saja kualiti dengan Diapex ,cuma bezanya harga dan jenama Huggies lebih terkenal. Atau yang aku beli Huggies plastik biru ni jenis murah ke apa aku tak pasti. Tapi sekali ni jela aku beli rasanya sebab bagi aku bukan jenama atau harga yang penting tapi keselesaan la. Kalau ada yang murah dan selesa kenapa  aku nak mengada pilih yang mahal dahla pakai buang.

So setakat ni itu sahaja pampers yang pernah Amani guna,tapi sekarang ni aku macam teringin nak try brand Pampers pulak. Tengok laa,maybe next pampers.

Semua ni hanya pendapat aku berdasarkan pengalaman aku sendiri,lain manusia lain citarasa. Sebab tu ada banyak jenama sebab lain jiwa lain citarasa. Haihh pasal pampers pun jadi karangan,kenapa la time karangan bahasa melayu dulu takda tajuk lampin pakai buang,tapi kalau ada konpem tak sampai 30patah kata aku dapat tulis. Mana ada pengalaman,maklum. Jadi bagi aku,pengalaman adalah guru yang tidak pernah menipu.

Selamat malam.





Tinta ikhlas Salsabila

2 comments:

Aqilah Hashim said...

Mari cuba pampers bosomi..harga jauh lebih murah dari pampers biasa tapi kualiti memang setanding. Qilah :0196378735..COD available

MAT NOR said...

Jom pakat beli online kat 11street.my. Hari ni beli untuk PetPet M76 RM20.33 after less discount coupon RM 11 dan payment by Maybank card entitled less lagi 12%. Consider mula giler dapat harga serendah RM20.33.