Halaman

Monday 24 November 2014

Kahwin mudah dan kos rendah cara kami

Ada yang inbox aku,tanya tentang kisah perkahwinan kos sederhana cara kami, Ada yang sempat aku balas dan ada yang aku terlupa,bukan tipu-tipu terlupa tapi yang terus lupa. Tengah sibuk bercinta mungkin kakaka. Di kesempatan yang ada sementara our little Amani tu tidur,bolehlah nak share sikit-sikit buat sesiapa yang bertanya. Perkahwinan boleh jadi mudah kalau kedua belah pihak permudahkan urusan dan pilih cara sederhana. Ada yang mampu buat cara mewah,itu cara kamu. Pada aku yang bila yang berkatnya terletak disitu,aku pilih itu. Aku bukan datang dari keluarga berada dan kalau aku kaya raya harta berkarung2 sekalipun,aku tak nampak di mana rasionalnya berhabis puluhan ribuan ringgit untuk majlis yang hanya sehari,puluhan ribuan yang dihabiskan untuk perkara sia-sia. Kalau ribuan yang dihabiskan untuk menjamu tetamu,tak kira yang kaya atau miskin aku tak kategorikan sia-sia. Ya,hari paling bersejarah memang hari yang akan paling diingati,tapi yang lebih pentingnya hari-hari yang bakal dilalui bersama dan hari-hari yang bakal kita lalui memerlukan pada itu. Bila dah kahwin kemudian punya anak,ada baiknya apa yang kita bazirkan jadi tabungan masa hadapan.

Apa yang aku tulis adalah pendapat dan pengalaman aku tanpa aku memperkecilkan pendapat dan cara orang,aku mohon tiada yang salah anggap. Antara kos yang melibatkan majlis kami,hanya anggaran kasar aku sahaja.Bermula dari yuran krusus perkahwinan rm80.

MAHAR
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud
"Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang paling memudahkan"
(Hadis riwayat Hakim)
Mahar yang diberikan oleh pihak pengantin lelaki pada aku yang dipersetujui oleh aku sendiri berjumlah rm1000 tunai.

MAKANAN
Untuk 1000++ tetamu yang dijemput pada anggaran kasar aku 3-4000+ . Penjimatan di sini sebab ayah aku sendiri boleh memasak dan pernah memasak di mana-mana majlis sebelum ini. Memang penat kalau tuan rumah sendiri masak dengan dibantu oleh pelajar-pelajar madrasah lelaki. Aku tak suggest sebab aku nampak kepenatan tu. Kos 3-4000 tak termasuk kos bapa mertua aku masak beriani untuk 400-500 orang buat jamuan di markaz.

BAJU PENGANTIN
Kos dua persalinan untuk baju kami berdua dalam lingkungan rm500.
Jubah nikah perempuan rm100++
Jubah nikah lelaki dibeli sendiri
Jubah walimah perempuan termasuk tudung dan veil rm200
Jubah walimah lelaki rm100.
Tambahan=kasut tapi tak ingat harga antara 60-70.
Tiara pinjam dari sepupu tapi tak pakai sangat.

PELAMIN
No pelamin. Bukan bermakna tiada pelamin tiada gambar kenangan. Jimat di situ.
Nanti kalau tiba-tiba teringin ada gambar bersanding( bersanding mean duduk berdua) pergi studio dan ambil gambar bersama.

BAYARAN JURUNIKAH DAN SAKSI
Yang ni aku tak ingat sebab abi yang uruskan.Mungkin setiap negeri berbeza. Mungkin.

HANTARAN
Hantaran memang aku keluarkan sendiri kos 100%,sebab ini antara perkara tak wajib yang aku nak jadi aku segan nak mengharapkan duit orang lain. Anggaran kasar untuk 5 dulang rm300++.
Baju raihan
Kain pelikat
Set minyak wangi dan deodorant
Set wallet and belt
Dua buah buku
(Bekalan pengantin&Indahnya perkahwinan menurut AlQuran & Sunnah)
Ada  tambahan yang sepupu bagi
Diy chocolate

CADAR
Beli time tengah sale harga asal rm400++ dapat lebih kurang rm170++. Jimat lagi di situ.

LANGSIR
Di sponsor 100% oleh kakak sulung aku.Thanks kakti 
Terjimat lagi disini.

INVITATION CARD
Aku takda buat wedding card,aku jemput melalui meseg,facebook dan kalau terjumpa jemput lisan. Tapi aku suggest untuk buat card sebab memudahkan orang tengok plan kerumah dan tak confius/terlupa tarikh walimah.
Btw ada yang menghina aku takda buat card,its ok terima kasih kepada awak kerana aku tetap bahagia dan majlis berjalan lancar :)

MAKE-UP
Mulanya aku nak make-up sendiri sebab bukannya nak make-up sangat pun sekadar nampak berseri tapi tiba-tiba di sponsor oleh ayah sedara aku. 
Aku amik pakej facial muka,treatment rambut dan make up simple dengan seorang makcik yang buka butik kecantikan dan memang aku regular customer dan sudah tentunya dapat diskaun. Aku minta dia make up paling nipis tapi time bibir tu dia nak juga letak warna bagi naik seri dan nampak menonjol,aku diamkan tapi bila dia balik aku lap dengan tisu biar nampak natural :) Lagipun furdah waktu nikah aku pilih persalinan warna putih.

GOODIES BAG
Aku guna yang plastic sahaja sebab takda orang simpan kalau bag yang kau beli walaupun harga rm2/pcs. Untuk coklat bagi ke budak-budak aku diy sendiri guna paper tebal warna coklat then letak ribbon sikit bagi nampak comel.

INAI
Sepupu tolong pakaikan dan aku takda tempah yang lukis-lukis.

Setakat ini yang aku ingat,kalau ada tambahan aku edit balik nanti :)

Simple.
Pengantin tetap pengantin.
Sederhana atau mewah tetap diraikan.









Tinta ikhlas Salsabila

No comments: