Halaman

Thursday 20 November 2014

Kronologi kelahiran Nur Syafa Amani


Assalamualaikum.

Tiba-tiba.

Malam hening gini bila Amani dan abah Amani dah hanyut sampai Florida,tiba-tiba teringat balik saat-saat lahirnya Amani,dah 8 bulan tapi macam baru bulan lepas berlalu. Sebelum sampainya saat tu aku banyak bertanya dan baca pengalaman bersalin anak sulung,ada yang sakitnya berhari-hari dan ada yang takkda rasa sakit pun tapi rata2nya yang aku baca/dengar anak sulung sakit melahirkan tu double. Ada yang sampai buat aku rasa takutnya sampai aku selalu cakap dengan abah Amani

Kalau ditakdirkan apa-apa terjadi time lahirkan baby nanti...

Tapi biasanya aku tak sempat habiskan ayat ala2 drama aku,abah Amani potong siap-siap. Sebab bila aku touching2,dia kena belanja aku makan InsyaAllah boleh buat aku happy balik. Mungkin sebab dia seram berat aku naik sampai pernah overweight dalam buku pink. Huhuhu.

15032014 petang tu kami balik kampung,sempat lagi aku makan lauk kenduri puas-puas. Balik rumah lepas isya gitu aku perasan ada turun tanda darah+lendir dan lenguh2 pinggang tapi aku takda rasa sakit langsung. Bila bagitau umi,umi suruh aku call kakak,bila kakak aku suruh pergi hospital walaupun tak sakit sebab setiap orang tak sama sakit/prosesnya. Malas jugak aku mulanya tu,tapi sebab 1st baby dan takda pengalaman,aku turutkan jugak. Aku sampai hospital dalam jam 10++pm,nurse checkkan jalan baru 1 cm tapi aku kena admit. Waktu tengah daftar untuk admit,sempat la sembang-sembang dengan nurse and dia cakap biasanya 1jam 1cm. Aku hitung2 aduhh lamanya kalau gitu. Aku dah mula rasa sakit sikit-sikit bila nurse tanya awak memang nak dr perempuan?kalau awak bersalin malam ni,ada dr india perempuan tapi kalau awak bersalin esok dengan dr cina lelaki.Kalau awak nak dr perempuan jugak kami akan refer awak ke Hospital Seberang Jaya. Aku taktau kenapa perasan aku kuat sangat yang aku akan bersalin disitu dan dengan dr perempuan. Dengan sakit yang kejap datang kejap hilang aku rasa leceh kalau aku nak kena pindah-pindah nih.

Malam tu aku rasa macam aku sorang yang tak dapat tidur sebab contraction datang dan pergi,pusing kanan pusing kiri relax sangat aku tengok bakal mak2 dalam ward tu tidur.Sempat aku habiskan surah Yassin sambil meseg2 dengan abah Amani bila sakit tu datang aku gigit2 selimut,nasib tak koyak selimut hospital . (^_^) .Bila nurse tengok aku gelisah semacam,dia panggil aku check jalan,hampa jugak bila aku dengar baru 2cm.

Aku ingat-ingat lupa apa yang berlaku antara jam 1-6am cuma bila check jalan 16032014 jam 6am tu,terus nurse tu macam gelabah tolak aku masuk labour room sebab katanya dia ingat bukaan baru sikit sebab aku 1st baby dan malam tadi macam lambat bukaan jalan tu jam berapa yang check aku lupa tapi baru 2cm. Dalam labour room ada satu masa aku tak tahan sangat dah macam merayu aku mintak dengan nurse tu

Saya nak push jugakk..tak tahan,boleh la nurse..

Jangan dulu,awak baru 7cm,kalau awak push jugak,nanti terkoyak banyak.

Tiba-tiba degil aku takda,sebab bila dengar koyak banyak tu terus aku jadi baik dan mendengar kata. Nurse dah call abah Amani waktu abah Amani sampai dr baru pecahkan ketuban pastu dr tinggalkan aku dengan nurse yang berbaju biru yang aku panggil bidan.Selain abah Amani, cuma ada seorang bidan dan seorang staff nurse yang ada time proses kelahiran Amani. Syukur sangat Allah makbulkan doa aku sejak mula tau aku pregnant. Nak pergi private memang melangkaui kemampuan kami,pergantungan aku dengan doa dan berharap Allah dengar dan makbulkan permintaan aku. Nurse yang jahit luka aku pun baik sangat,lemah lembut dan berhati-hati.Aku tak ingat nama dia,tapi terima kasih sangat-sangat-sangat.

Sepanjang pregnant selalu lah aku follow blog mommy dan mommy to be untuk tips2 termasuk tips push dengan betul,tapi bila time sakit tu aku lupa habis semua dan aku tak praktikkan pada awalnya,aku push cara yang salah sampai nurse suruh aku relax dan push cara yang betul sebab jantung baby dah lemah. Bila aku dengar gitu,terus semangat+takut datang baru push yang seterusnya berjaya. Bagus sangat layanan bidan dan nurse sepanjang aku dalam labour room,tak berhenti2 suruh aku baca doa Nabi Yunus.
Cuma ada sorang nih buat aku rasa geram sikit.,waktu aku naik atas katil dalam labour room aku diminta tanggalkan tudung, disebabkan memang ada tirai untuk setiap katil,aku tanggal dan letak tepi kepala aku sebab kalau apa2,senang aku nak ambil tapi aku taktau waktu bila ada nurse datang ambil dan bagi kat abah Amani. Lepas selesai dah semua time tu abah Amani dah kena suruh tunggu kat luar,datang dua orang nurse nak tolak aku ke ward,aku minta tudung aku,dia cakap taktahu,aku suruh panggil suami aku,dia cakap takda,padahal dia tak pergi tengok pun.ok lah kalau gitu aku minta kain apa2 ,boleh dia cakap.

Ala,nak pergi ward sebelah ni je,takda orang lelaki pun.

Aku diam.Protes. Haha.

Nurse yang sorang lagi macam faham then dia bagi aku sarung bantal tapi muat2 tutup rambut aku je last2 aku minta selimut.Dia bagi dan tak cakap apa2 cuma senyum.Allah hantar dia untuk selamatkan aku.Sekali bukak je pintu labour room ada suami2 yang tengah tunggu nurse panggil masuk untuk teman isteri bersalin dalam labour room tu. Geram jugak dengan yang SEORANG tu sebab jawapan dia tadi yakin sangat. Sedangkan permintaan aku kecil sahaja,aku hanya minta sehelai kain tak kisahla apa-apa kain. Masuk je dalam ward lagilah ramai kaum lelaki dalam tu yang datang lawat isteri, Geram lagi sekali.
 .
Alhamdulillah Allah jaga aurat aku.
Bukan aku minta layanan istimewa,cuma tudung atau sehelai kain sahaja. Tapi Alhamdulillah sepanjang 2D2N aku kat sana semua staff nurse baik2 belaka. :)

Photo Amani untuk yang pertama kalinya.Itupun makcik dia yang ambil,aku teruja dan terharu sampai lupa :)

Aku tak amalkan apa-apa petua untuk cepatkan bukaan,minyak/air selusuh pun aku takda. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Nurse-nurse cakap

Untung awak sekejap dalam ward,ada yg baby 1st nih sampai berhari2.

Alhamdulillah kerana Allah permudahkan proses kelahiran Amani.

Doa,
senjata kita sebagai seorang muslim+mukmin.
InsyAllah.
Tinta ikhlas Salsabila

No comments: