Halaman

Tuesday 11 November 2014

Naluri

 Sejak awal pregnant lagi aku rasa bayi nih girl,kalau aku berbual dengan bayi mesti aku panggil bayi dengan nama Amani selepas nama Thohirah dan Haziqah di reject oleh abah Amani dengan alasan bunyi 'tho' dan 'qah' pada kedua-dua nama tu agak kasar walaupun makna dah cantik sangat. Mak Amani mengalah la sebab bukan anak dia sorang.

 Nama Amani jadi pilihan seterusnya hinggalah sampai satu masa,abah Amani cakap dia rasa bayi nih boy sebab Amani time dalam perut sangat-sangat aktif 
( dah keluar pun aktif gitu jugak )

 Bila abah Amani asyik cakap dengan penuh confident dan berulang-ulang macam siaran radio ulangan,aku pun termakan jugak kata-kata abah Amani. Kami start beli barang bayi bila kandungan dah 7bulan sebab berharap time scan kami dapat tahu jantina si bayi,tapi hampa je harapan,Amani kononnya pemalu time dalam perut dulu. Kalau aku suruh abah Amani pilihkan contohnya antara baju warna biru atau krim yang unisex,yakin je dia ambil yang biru. Sampai aku rasa,kalau aku biarkan abah Amani pilih,mau semua persiapan barang bayi ke arah kelakian. Jadi ada yang aku minta dia pilih atau bagi pendapat dan ada yang aku pilih terus sebab aku dah tau jawapan dan pilihan dia.

 Kebanyakan barang persiapan si bayi,aku pilih dan ambil warna selamat tapi aku nampak macam lebih kepada persiapan untuk baby boy sebab takda sehelai pun baju warna pink padahal aku jeling geram sambil gigit bibir bila tengok baju baby girl. sobssobs. Sebab tu sekarang pantang ada sale atau expo,mesti aku pergi balas dendam,bila kat rumah beria janji tak beli baju,sampai sana lupa segala janji,janji-janji jadi pelesu habis.

 Setiap kali scan tak pernahnya si bayi tunjuk gender dia,hint pun tak bagi. Dalam perut lagi dah pandai nak suprisekan mak bapak dia. Sampai waktu dia lahir barulah sahih.. Dan ternyata baby girl,naluri mak dia jugak betul :P Sorry la abah,kira cancel la training bola tetiap petang. 

 Bila Amani dah besar kalau bawak dia keluar kadang ada yang fikir Amani budak lelaki. Huhuhu. Pernah sembang dengan some1 dekat airport time balik Sabah,sembang dah nak masuk muka surat berapa tiba-tiba dia tanya,

anak lelaki ea? berapa bulan?

 Baju pink,topi pun pink,kena tanya gitu. Mana tak stress mak Amani. Huhuhu.
Terkenan dengan naluri abah time mengandung dia dulu kot. Bukan naluri,mungkin keinginan abah nak anak sulung lelaki. Yang keluar perempuan,kadang disangka lelaki. :)





Tinta ikhlas Salsabila

No comments: