Halaman

Friday 19 December 2014

Tepu

Kadang aku tak mampu berfikir
seolah mesin yang bekerja di otakku terhenti
yang terlayar hanya papan putih yang tak punya apa
hatta sekadar bayang.

Jelas minda akal aku tak mampu bersatu
untuk mentakrif apa yang dihantar dari kornea mata
aku jelas memandang
tapi aku kabur memikirkan apa itu atau kenapa itu.

Ya kerana aku manusia
yang kadang akal tepu tanpa aku jelas sebabnya.


Tinta ikhlas Salsabila

No comments: