Halaman

Friday, 19 December 2014

Dewasa yang sebenar

Sejak aku punya kehidupan rumahtangga yang sederhana bahagia,sederhana bagi aku tidak sentiasa suka dan tidak pula sentiasa duka,kerana itu memang aturan yang Allah tetapkan. Sejak itu,aku rasa hal yang sangat aku perlukan adalah kedamaian,ketenangan kerana dengan hati yang tenang dan tiada marah,dendam benci atau yang sekeluarga dengannya,aku rasa lebih tenang ,lebih bersemangat. Aku perlukan suasana tenang untuk kehidupan seharian aku dengan anak dan suamiku. Dengan tiada kebencian dan kemarahan ,aku tidak nampak aura negatif dalam diri yang akan buat jiwa aku kacau.

Aku mula mencari orang-orang yang mungkin benci aku dan yang aku pernah benci,aku pilih jalan yang paling terbaik,tinggal satu cara untuk membaik pulih jambatan yang runtuh iaitu sambungkan kembali tali yang pernah terputus untuk membina semula jambatan yang runtuh,punah agar kembali berguna untuk berbakti.

Alhamdulillah aku kembali menikmati ketenangan walau ada terselit antaranya yang aku rasa (atau hanya aku salah sangka)membenci aku tanpa aku tahu sebabnya. Buat kamu yang aku tak pernah tahu atas alasan apa aku dibenci,maafkan aku jika memang aku pernah guris calarkan hati kamu. Aku tak pernah halang kalau kamu teruskan membenci aku,cuma aku ingin mengajak kamu merasai hati yang lebih tenang seperti yang sedang aku nikmati.

Masih ada beberapa orang lagi yang aku belum mohon maaf secara terbuka,aku harap waktu itu akan cepat tiba.

Kemaafan,
sangat mahal harganya bagi yang memperoleh.
Kemaafan,
jalan paling indah.




Tinta ikhlas Salsabila

No comments: