Halaman

Tuesday 11 November 2014

Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00

Assalamualaikum.

Sejak mengandungkan Amani saya banyak membaca untuk menambah pengetahuan tentang kebaikan susu ibu kerana memang niat saya sejak dari Amani beberapa minggu dalam kandungan,saya berazam untuk susukan Amani dengan susu ibu sepenuhnya.
Bukan mudah bagi saya yang kadang berdepan dengan masalah tidak cukup bekalan susu untuk ditinggalkan buat Amani waktu saya berkerja. Tapi dengan semangat dan azam serta prinsip tak mudah menyerah yang saya pegang,alhamdulillah saya berjaya susukan Amani hingga 8 bulan dan Amani masih menyusu hingga saat saya menaip entry ini.

Dengan contest sebegini yang dianjurkan oleh pihak penganjur,sedikit sebanyak menjadi perangsang untuk ibu-ibu di luar sana termasuk saya sendiri memberikan penyusuan esklusif kepada bayi masing-masing.

 Buat ibu-ibu bertuah yang diberi peluang menyusukan permata hati yang berminat untuk join giveaway,boleh KLIK SINI :)

Sangat tidak rugi untuk join giveaway begini kerana hadiah yang disediakan sangat-sangat lumayan,kalau ibu-ibu terpilih,anggaplah hadiah ini sebagai tanda penghargaan untuk meraikan diri atas usaha gigih menyusukan permata hati.

 Antara hadiah-hadiah yang sangat awesome yang ditaja oleh pihak penganjur/penaja.

Tempat pertama
sangat awesome bukan? Andai saya terpilih,beribu kesyukuran dipanjatkan kerana saya sangat faham sukarnya menggunakan pam manual sepanjang 8bulan menyusukan Amani,tapi dengan sokongan dari suami dan keluarga,saya berjaya menempuhnya.

Tempat kedua
 

Tempat ketiga

Tempat keempat

Tempat kelima

Dan bonus 4 ibu bertuah mendapat saguhati yang lumayan


Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur/penaja yang mengadakan giveaway yang awesome begini. Buat ibu-ibu bertuah,semoga kita mendapat tuah :)







Tinta ikhlas Salsabila

1 comment:

cahaya mata said...

gudluck! jemput blogwalking ke blog saya juga.. http://muslimahad-deen.blogspot.com/2014/11/giveaway-special-mama-bayi-bernilai-rm.html