Halaman

Thursday 5 February 2015

Jungle Tracking @ Pantai Kerachut,Taman Negara Pulau Pinang

Rindu dengan Taman Negara Pulau pinang dan kenangan pegi sana,kali pertama tahun 2012 pegi untuk program sekolah dan terakhir tahun 2013 bawa keluarga mertua . Untuk pertama kali pegi jadi setiausaha program dengan tension dan pertama kali uruskan rombongan memang mulanya anggap pengalaman pahit tapi jadi manis bila semua tu terpahat di ingatan sebagai sebuah kenangan. 

Tak pasti samaada tempat ni masih begini atau ada perubahan,sejujurnya rindu tapi kesempatan dan keadaan tak mengizinkan. Kalau dengan Amani,bawak naik bot dari pintu masuk TNPP mungkin boleh tapi kalau untuk jungle tracking macam zaman sekolah dulu dengan bawa baby memang tak sesuai.

Penat memang sangat penat tapi kepenatan tu berbaloi,jauh perjalanan luas pemandangan dan pengetahuan. Bagi aku yang tak aktif bersukan dan aktiviti lasak memang terhegeh-hegeh sangat orang dah jauh kedepan kita duk atur langkah perlahan-lahan.


Gerbang Taman Negara Pulau Pinang
Actually gambar ni diambil time nak balik dah, time datang tak sempat nak ambil gambar sebab uruskan pendaftaran,kata setiausaha kan,setiausaha yang kelam kabut ribut.

Masuk percuma ya.


Rombongan kali ni kalau tak salah dalam 80 orang,satu orang ustaz sebagai guru pengiring dan dua orang guide dibayar tapi tak ingat berapa bayaran,benda 2 tahun lalu memang tinggal 50% jela yang dapat ingat terus bayang bagusnya kalau otak boleh jadi macam pen drive. 


Waktu baru sampai,tengah siap sedia untuk dengar taklimat.


Dua orang Fatimah ni sempat lagi cilok cilok bergambar.
Muka fresh sangat lagi awal lagi kan tunggu kejap lagi habes berminyak berpeluh.


Ustaz sebagai pengiring dan guide yang dibayar ,nampak garang tapi kelakar.


Awal perjalanan elok je jalan berbaris dalam kumpulan,rasanya 15 minit selepas tu dah bercampur-campur dah berjalan.


Aku yang dulu kurus sekarang gemuk dengan founder @wardatulbaydhahijab yang tetap cun dan slim sampai sekarang. Menci hang sebab badan maintain slim.


Tak pasti duk belek apa nampak gaya macam tengah tengok burung dengan rasa kagum,tapi rasanya tak pun sebab nak ambik gambar candid la konon.


Ketara sangat dah letih tu,ambil peluang duduk duduk minum minum dulu. Haih kalau aku tau gini memang bawak air mineral botol besar.


Tak pasti pura pura ke betul betul khusyuk ke apa.


Selfie dalam hutan,bukan selalu. Eh time nih selfie tak jadi viral lagi.
Somi cakap dia suka tengok aku pakai tudung gini banding belit belit.
Nampak muda pastu nampak macam budak sekolah la kot?


Dah sampai! depan jambatan gantung pendek nih pantai kerachut,kami ada beberapa aktiviti yang akan di buat disini selain berehat untuk solat zohor dan makan tengahari,kat sini takda gerai jual makanan jadi kena bawak sendiri dan kami memang sediakan bekalan untuk semua peserta.


Ustaz yang sporting dan beberapa pengiring di belakang eh baju putih kuning tu


Sipi sipi nampak jambatan gantung.


Ada penerangan tentang Tasik Meromiktik ni tapi aku dengar tak dengar sangat sebab letih plus lapar dan sibuk bergambar.


Tasik Meromiktik di belakang kami,tak dapat ingat kisah dia doi nampak sangat dah tua.


Cantik sangat pantai tapi tak dibenarkan mandi.


Dapat ambil gambar pun jadilah.


Yang ramai ramai dibelakang tu ingat orang pura pura main lemas rupanya lemas betul,disebabkan kejadian tu aktiviti yang kami plan semua dibatalkan. 



Dah habes makan dan solat kami sedia untuk balik dengan bot,satu trip 10 orang.
Time bawa keluarga mertua datang,kami sewa bot pergi balik kalau tak salah RM160 gitu untuk satu bot.


Moh ler kita pulang eh ada baju kuning tu juga


Dalam perjalanan abang bot tu berentikan bot untuk tunjuk kami batu bentuk penyu.



Sempat singgah makan jagung bakar dengan cendol,eh Aina rindu hang la senget.


Singgah solat asar di Masjid Terapung Eh Aina bila nak balik malaysia?


Da jom kita balik,masing masing muka happy walaupun sebenanya penat.


Jauh perjalanan luas pemandangan
juga pengalaman.

Moga ada trip begini lagi
rindu ohh.

2 comments:

Nik Ainaa said...

salam baca entry akak.

serius kak, sy ingtkan budk sk. nmpk ad tudung hijau, putih pulk. haha pengws sk ingtkan. heee

Salsabila Ibrahim said...

memang time ni akak sekolah lagi nik Ainaa :)