Halaman

Thursday 5 February 2015

Petanda hati tidak sihat

Bila kau tak boleh melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain,tiba tiba hati kau rasa benci dan saat itu kau mula mendoakan kehancuran dan kemusnahan mereka. Dan jika mereka jatuh kaulah orang pertama yang akan ketawa.

Kau sakit.
Iya sesungguhnya.

Kalau dulu aku tidak 100% percaya kewujudan mereka yang sebegini,tetapi dengan pengalaman dan perkongsian dari teman teman dan mereka di sekeliling aku,rupanya memang manusia yang begini,ia wujud.

Mulanya dan sehingga sekarang aku sebenarnya kurang jelas,jika perasaan cemburu terdetik,itu biasa kerana memang sifat manusia. Tapi bila sampai menikam dan menjatuhkan,ia sama sekali tiada apa2 keuntungan.

Jika kau terlalu mencemburui kebahagiaan yang aku kecapi dan lalui,sudikanlah minta aku berbahagi biar kita saling merasa berbanding kau terus merampas atau menghancurkannya.

Aku tidak peduli sekiranya kau sanggup berkorban kebendaan untuk membeli mereka mereka yang dekat dengan aku,kerana aku tidak khuatir. Jika yang nyata temanku,pasti tidak terhanyut dengan sogokanmu tetapi andai yang berpaling iya aku tahu dan aku anggap aku bukan seseorang yang mampu memberi kebendaan apa kelebihan cuma aku sediakan diri untuk melindungi ,telinga untuk mendengar setiap keluhan serta sokongan yang tidak putus. Kerana persahabatan bagi aku tidak pernah dijual apatah lagi beli.

Dan

Pada hematku,teman yang di hadapan kita memakai topeng senyuman dan sokongan nyata lebih berbahaya berbanding musuh yang nyata mengaku diri musuh kita kerana saat musuh mengacukan senjata sedari awal kita bersdia berbanding teman yang berdiri di sebelah namun tiba-tiba menghulurkan pedang.

Apakah hidup kau terlalu sunyi?




No comments: