Halaman

Sunday 17 June 2012

Jangan,Jangan Dan Jangan

Jangan apa?

 Jangan bersangka buruk.. Lumrah sebagai manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan,kita sering bersangka buruk dan membuat kesimpulan sendiri tentang kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Saya sendiri kadang2 terlanjur bersangka buruk .. astaghfirullahala'zim.. 
kadang2 saya sendiri tidak sedar saya sedang bersangka buruk. pernah sekali seseorang menegur saya (yg pada waktu itu sedang bersangka buruk)
katanya : Hajarah,cubalah bersangka baik..
Kata2nya ringkas sahaja,tetapi memberi kesan yang mendalam kepada saya. Nasihat yg sangat bersahaja. Bermula dari teguran tersebut,apabila terlintas sangkaan buruk tentang seseorang sy teringat kata2nya. Jutaan terima kasih sy ucapkan kepada Hamba Allah tersebut.

Kita bersangka buruk dalam banyak keadaan,kadang2 sangka buruk kita hanya kepada perkara yang sangat kecil sehingga sbesar2 perkara.
Misalnya :

 Bila kita melihat seseorang mengenakan pakaian yang sopan dan menjaga pergaulan
( seseorang yang sebelum ini agak sosial dan tidak menutup aurat)...
Kita akan cakap : nak tunjuk baik la tu..
Bukan ke sepatutnya kita cakap : Alhamdulillah.. dia dapat hidayah J
Dia nak berubah jadi tanggungjawab kita adalah membantunya.

  Bila kita melihat seseorang berbicara menggunakan bahasa luar seperti bahasa inggeris dll...
Kita cakap :  Nak tunjuk pandai la tu.. macamlah dia sorang je boleh ..
Sepatutnya kita cakap : Bagusnya dia dapat bercakap dalam banyak bahasa. Aku pun nak belajar jugak lah.
Mungkin dia hendak meningkatkan lagi kemahiran berbicara dalam bahasa asing. Dan bila dia tersalah sebut perkataan di dalam bahasa tersebut,kita akan gelakkan dia...
Atau kita cakap : Belagak lagi,kan dah salah.. kalau tak pandai,buatlah cara tak pandai..
Sepatutnya kita tegur dia dan cakap : Takpe.. belajar dari kesilapan. Jangan jadi org yg salah tapi xnk trima teguran .


 Bila kita tengok seseorang yang berpakaian kemas kita akan cakap : Konon  smart sgt la tu..
Bila seseorang berpakaian selekeh : Eee.. x pandai bergaya la dia ni..
Kemas @ selekeh pakaiannya bergantung pada dirinya selagi tidak melanggar batas2 yang ditetapkan dalam islam.


 Bila seseorang post ayat islamik di Facebook...
kita cakap : Nak tunjuk alim la tu..
Sepatutnya kita cakap adalah : Bagus lah.. dia share untuk kebaikan.. sama2 bleh dapat ilmu dan iktibar


 Sebenarnya banyak lagi hal yang sering kita salah ertikan. Sangka buruk merupakan salah satu penyakit hati dan harus di ubati. Kita sebagai manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan tapi mempunyai kuasa untuk mengelak dan mencegah. 
Pilihan terletak di hati kita. Tepuk dada tanya iman.






                                                                                                             Tinta ikhlas Salsabila

No comments: