Hajar merenung titik-titik hujan yang membasahi
bumi,sedari tadi dia berteleku di kamar jendela. Mengimbau kenangan silam
ketika dia masih kanak-kanak,belum pun tiba hujan,tika langit suram dia sudah
tersenyum gembira. Yana,Nurul,Firdaus,Zahid,si kembar Amin dan Amir serta teman
sepermainannya yang lain di ajak bermain perang-perang di dalam hujan. Adakala
dia dan Yana menari tarian seperti yang di tonton dalam cerita Hindustan yang
disiarkan di televisyen. Hajar tersenyum sendiri apabila kenangan lalu singgah
di layar minda,zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni. Bagi Hajar,zaman
kanak-kanak seindah pelangi,tidak perlu berhadapan dengan masalah,tidak perlu
menangis sembunyi-sembunyi seperti sekarang. Dulu apabila di rotan neneknya
yang lebih di kenali sebagai Nek Jah kerana ponteng kelas mengaji,dia akan
menangis sekuat hati walaupun di suruh menghentikan tangisan,dia tidak peduli.
Prrangg..
“Astaghfirullahala’zim…” Petir yang berbunyi mematikan lamunan Hajar. Di
pandang sekilas jam pemberian abah di tangan,jam itulah yang sentiasa
menemaninya,hanya di buka ketika mandi dan mengambil wuduk sahaja. Hanya itu
pemberian abah yang masih tinggal setelah rumah Nek Jah di Kampung
Pasir,Semenyih hangus terbakar di jilat api yang telah meragut nyawa nenek
kesayangan dan satu-satunya tempat dia bermanja. Nek Jah ibunya,Nek Jah juga
lah ayahnya setelah dia diserahkan oleh mak dan abah ketika dia berusia lima
bulan.
‘Dah pukul sebelas rupanya.’ Hajar
berkata pada dirinya sendiri.dia menutup tingkap dan menarik langsir. Setelah
mengambil wuduk dia duduk berlunjur di atas katil dan mula membaca tiga Qul
yang di ajarkan Nek Jah,Hajar tidak pernah melupakan pesanan Nek Jah.
“Walau di mana Hajar berada,sentiasa basahkan
lidah dengan kalimah Allah dan berdoa,doa itu senjata orang mukmin. Allah malu
untuk menolak permintaan hambaNya”
“Tapi nek,kenapa ada doa Hajar yang tak
di makbulkan?”
“Jika Allah mengabulkan permintaan kita
dengan segera,itu tandanya Dia sayang pada kita,bila Allah lambat mengabulkan
tidak bermakna Dia tidak sayang dan tidak mendengar permintaan kita tetapi Dia
ingin menguji kita dan apabila Allah tidak memberi apa yang kita minta itu
tandanya Allah ingin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik kepada kita.”
“Ouh..macam tu ya nek?” hajar
terangguk-angguk mendengar penjelasan dari Nek Jah.
“Apa yang Hajar minta?” soal
Nek Jah sambil mengusap lembut rambut lurus Hajar yang di tocang satu seperti
ekor kuda.
“Hajar minta..dapat tinggal dengan mak dan abah
macam Sarah.” Hajar selalu bertanya kenapa mak dan abah menyerahkan
dia kepada nenek,sementara adik kembarnya Sarah dan adik beradiknya yang lain
tidak.
“Kalau mak dan abah tak bagi Hajar dekat
nenek,mesti nenek duduk sorang,mesti nenek sunyi. Hajar tak kesian dekat
nenek?” muka Nek Jah sayu. Hajar lantas memeluk neneknya
sambil menggeleng-geleng tanda menidakkan kata-kata nenek.
Soalan Hajar tentang sebab dia di serahkan
kepada nenek tidak pernah terjawab,soalan hanya tinggal soalan,Hajar tahu ada
sesuatu yang di sembunyikan oleh nenek.
Akhirnya Hajar terlelap dengan kenangan
bersama neneknya.
* * *
Usai menunaikan solat subuh ,Hajar turun ke
dapur. Kelihatan ibu saudaranya Halizah atau di panggil mak lang sedang
menggoreng ikan bilis,bau sambal nasi lemak mak lang sahaja sudah membuat Hajar
kecur liur,mak lang memang handal di dapur. Kerjaya sebagai seorang pendidik
tidak menghalang mak lang menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Awal
pagi lagi mak lang sudah menyediakan sarapan kemudian ke sekolah. Sepanjang dua
tahun dia tinggal bersama keluarga ini setelah kematian nenek,jarang sekali dia
melihat pak lang Idrus makan di luar. Hajar tahu pak lang tidak gemar masakan
luar.
“Hajar,tolong mak lang potong timun tu,nanti
lambat pulak sarapan. Kamu dari tadi berangan bukannya masuk duit pun.”
Hajar
tersenyum dan mengambil timun yang sudah di basuh di dalam sinki bersebelahan
dapur. Mak lang memang begitu,gemar membebel tapi Hajar tahu hati mak lang
baik.
“kalau di suruh,baru nak buat itu tandanya orang
tu memang tak nak buat lar mama.” Syahidah yang baru muncul di dapur menjeling
Hajar,Hajar perasan jelingan itu tapi Hajar sudah lali. Teko di capai dari rak.
‘mak lang belum buat air,buat
air milo je lah’ monolog
Hajar sendiri. Air panas di tuang perlahan.
“Kau ni menumpang,buatlah cara menumpang. Nak
sambung belajar lah.apa kau ingat percuma ke? Kau tolong along dekat kafe lagi
bagus,sekurang-kurangnya terbalas jugak jasa kami bela kau ni.” lantang
Syahidah bersuara. Ketika itu hanya dia,Syahidah dan Farhana berada di rumah.
Mak lang,pak lang dan Abdullah yang di panggil Angah sedang menghadiri majlis
perkahwinan anak pengetua mak lang di
Perak,Along Aiman pula sibuk menguruskan kafe yang terletak tidak jauh dari
rumah mereka.
“Betul kata kak Sya tu,kalau nak sambung
belajar tapi nak mengharapkan duit orang baik tak payah.” Farhana
menyokong kata-kata kakaknya. Farhana memang tidak pernah bersetuju
dengannya,malah kadang-kadang Farhna sengaja mencari kesalahannya. Pernah
sekali Farhana menuduh dia mencuri telefon bimbit Farhana yang hilang. Walaupun
telefon bimbitnya tidak secanggih telefon bimbit Farhana tetapi dia tidak
pernah terniat untuk mengambil telefon bimbit kepunyaan Farhana.
Hajar
hanya tersenyum,akhirnya dia mengambil keputusan bekerja di kafe Aiman. Pernah
juga paklang bertanya tentang niatnya yang ingin menyambung pelajaran dalam
bidang perubatan tetapi jawapan yang di beri adalah dia sudah tidak berminat
untuk belajar,walaupun hatinya terguris dengan jawapannya sendiri.
“Berapa banyak gula kau nak letak? Kau nak semua
orang dalam rumah ni kena kencing manis ke?” sergahan
Syahidah mengembalikan Hajar ke alam nyata. Senyum sumbing di beri kepada
mata-mata yang memandangnya,kerap benar dia termenung kebelakangan ini.
“Sya,cuba cakap elok-elok sikit. Pagi-pagi dah
nak tambah dosa.” Tegur pak lang lembut. Syahidah menghadiahkan
jelingan tajam kepada Hajar. Memang dia tdak menyenangi Hajar,sejak Hajar
berada di sini papa selalu membandingkan dirinya dengan Hajar. Abang nya juga
asyik menyebelahi Hajar.
“Dah jom makan. Mana Hana? Tak bangun lagi anak
dara tu?”
“Biarlah ma,bagi la adik tu
rehat sementara tunggu result spm dia. Kalau bangun awal bukan nak buat apa
pun.” Syahidah
membela adik bongsunya.
“Elok sangat lah tu , tidurlah sampai petang.
Biar tertutup pintu rezeki.” Angah menyampuk,dia selalu tidak sependapat
dengan dua orang adik perempuannya itu.
Hajar menggosok dada,terasa perit di situ.
Angah perasan kerutan menahan sakit di muka Hajar,di sua segelas air
masak,Hajar menyambut gelas di tangan dan membalas senyuman Angah. Di dalam
rumah ini,hanya Angah yang paling memahami Hajar.
Kafe Mutiara hari ini tidak sibuk seperti
hari minggu,Hajar selesa bekerja dengan abang sepupunya itu walaupun Aiman agak
pendiam berbanding Angah tetapi dia seorang bos yang bertolak ansur. Telefon
bimbit di kocek seluarnya berbunyi,tertera nama sahabat baiknya di
kampung,Adilah,salah seorang sahabat yang rapat dengannya.
“Assalamua’laikum.”
“Wa’alaikumussalam. Dila.” Hajar
tersenyum menyambut salam sahabatnya. Rasa rindu dan sebak singgah di hati
secara tiba-tiba,semenjak dia
meninggalkan kampung hanya sekali dia berpeluang berjumpa sahabatnya itu secara
kebetulan dia mengikut pak lang ke majlis perkahwinan .
“Kau apa khabar Hajar? Rindunya dekat kau?”
“Alhamdulillah sihat. Kau?”
“aku macam ni la..sentiasa sihat. Bila kau
nak balik kampung? Kau tak nak jumpa kawan –kawan dekat sini dah ke?”
“bukan aku tak nak balik
Dila. Tapi kau tau kan keadaan aku.”
“iya,aku faham. Nanti aku pergi melawat kau
dekat sana ok?”
“apa khabar kawan-kawan yang
lain?”
“siti dah kahwin ,Wati sambung belajar dekat
Sabah,Yana sambung maktab di kedah. Kau ingat lagi Izzat?”
“seronoknya aku dengar,nanti
sampaikan ucapan tahniah dan salam aku dekat semua. Izzat?”
“ye la Izzat.. takkan kau lupa?izzat yang
kau pernah suka dia dulu tu?”
Hajar tersenyum sendiri..
“ye ingat. Kenapa dengan dia?”
“dia dah pergi sambung
belajar luar negara tau”
“Hajar,ada orang cari kau
dekat meja luar!” jerit Fatin,salah seorang pekerja Kafe Mutiara.
“Dila,aku ada hal sikit,nanti aku call kau bila
aku free.”
“ok. Kirim salam dekat mak lang dan pak lang
kau dengan abang Aiman kau yang hensem tu sekali ye”
“hisy..gatal kau sekarang ni ye. Mail kau
nak campak mana? “
“ok..ok.. nanti kau kena
marah pulak dengan bos. Pergi buat kerja kau. Aku letak dulu ni..
assalamua’laikum..”
“Wa’alaikumussalam..”
Hajar bangun sambil membetulkan tudung kemudian
menuju ke meja orang yang ingin berjumpa dengannya,dari pandangan belakang dia
sudah dapat meneka siapa gerangannya. Imran,salah seorang kenalannya sejak dia
bekerja di kafe Mutiara. Pemuda yang bakal bergelar arkitek itu selalu
berkunjung ke sini dan keramahan Imran lah yang menukar status pelanggan
menjadi seorang sahabat.
“Assalamua’alaikum. Lama tak
Nampak,mana kau pergi?” hajar menarik kerusi yang berhadapan dengan
Imran.
“Wa’alaikumussalam.. aku sibuk sikit
kebelakangan ni. Kau sihat?nampak macam makin kurus je kau sekarang?” imran
meneliti Hajar. Hajar terbatuk perlahan. Sakit di dadanya agak kerap menyerang
kebelakangan ini.
“kau diet eh?” soal Imran lagi.
“Hisy..mana ada.. jadual makan
aku tak teratur kut.” Hajar akui kebelakangan ini selera makannya
berkurang,kalau makan pun hanya dalam kuantiti yang sedikit.
“kau nak pergi mana-mana tak lepas ni? Tolong
hantar aku dekat klinik depan simpang sana tu kejap,boleh? Kau hantar je,nanti
aku balik sendiri. Aku nak ambil ubat batuk,makin menjadi-jadi batuk aku ni
kalau tak berubat. Kau nak minum apa? Jap aku pergi ambil.”
“aku tak kisah la.. macam biasa.”
Hajar tersenyum,tahu sangat dia dengan teh ais
limau kegemaran Imran.
Imran membalas senyuman Hajar. Kalau yang
meminta tolong adalah Hajar Safiyyah,tidak mungkin dia menolak. Setelah
mengenali Hajar,dia semakin menyenangi gadis itu,walaupun tidak banyak yang dia
tahu mengenai Hajar,tetapi dia yakin Hajar gadis yang baik.
Tinta ikhlas Salsabila
No comments:
Post a Comment