Selepas pembedahan pemindahan buah pinggang
,Sarah masih belum sedarkan diri.
Puan
Faridah di sisi menemani anaknya itu. Pintu dibuka dari luar terlihat mak su
Senah muncul dengan sedikit buah tangan.
“macam mana Sarah?”
“doktor cakap dia akan sedar.
Buah pinggang tu sesuai dengan dia.”
“idah.. mak su ada hal nak cakap dengan
idah.”
“apa mak su?”
“mak su berdosa dengan kamu sekeluarga.”
“apa yang mak su cakap ni?”
“pasal Hajar.”
“kenapa maksu?”
“semua tu kerana dendam mak su pada mak
mertua kau. Dulu mak su suka kan Bakar,ayah mertua kau,tapi dia pilih kak Jah,”
“mak su..”
“sebab tu mak su nak salah seorang ahli
keluarga kak Jah merana.”
“tapi kenapa anak saya mak
su?”
“maksu minta maaf idah..”
puan Faridah memalingkan wajah dari mak su
Senah. Tangisnya di tahan.
Lagu nasyid yang bertajuk Pasrah Segalanya
dari kumpulan DeHearty bergema di ruang kamar yang menempatkan Hajar. Adilah
hanya memandang sayu sahabatnya. Penderitaan yang di tanggung Hajar terlalu
berat. Dia sendiri tak mampu membayangkan jika dirinya di tempat Hajar. Orang
baik seperti Hajar memang selalu di uji. Adilah masih belum bersedia kehilangan
sahabatnya itu.
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmah menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela
Ku tabahkan hatiku
harungi hidup
Biarpun tiada
siapa yang menemani
Keseorangan aku di
laluan sepi
Di tinggalkan
mereka yang ku percayai
Namun ku tahu ada
hikmahnya
Setiap segala yang
menimpa diri
Ku serahkan segala
padamu Tuhan
Yang berkuasa jua
mencipta
Kerana engkau Maha
Mengetahui
Segala apa yang
terbuku di hati
Ya Allah tidak ku
terdaya lagi
Menahan dugaan
yang mencabar ini
Terasa bagai
noktah telah ku temui
Mengakhiri segala
yang telah ku mulai
Ya Allah engkau
lindungilah aku
Bekalkanlah daku
dengan limpahan iman
Agar tabah ku
menghadapi dugaan
Agar tidak ku
terhenti di pertengahan..
Kini di sini aku
berdiri
Bersama harapan
yang tulus suci
Agar terbitlah
kembali mentari pagi
Setelah malam ku
berkalut benci
“hajar,hajar..” lembut
Adilah menggoncang bahu sahabatnya.
Pintu ditolak,kelihatan mama dan maksu Senah
sedang berbual. Angah sudah tidak peduli,yang penting kini adalah Hajar.
Kenyataan doktor membuat Angah tersandar
lemah,Syahidah memaut mak ngahnya,Puan Faridah.
Tangisan
Farhana kedengaran.sesal dengan layanan nya pada Hajar dulu,kini dia tidak
berpeluang berbual bersama Hajar lagi. Hajar sudah pergi meninggalkan mereka.
Angah menahan tangis,bahu Farhana di peluk lembut.
* * *
Adilah
memandang wanita di sebelahnya. Ibu kepada sahabat baiknya itu tampak muram.
Adilah hampir terlupa menunaikan permintaan Hajar,dia bergegas ke bilik Hajar yang
terletak di tingkat atas.
Adilah membelek sampul surat putih itu
sebelum menghulurkan kepada Puan Faridah. Lambat-lambat Puan Faridah menyambut.
Di buka perlahan surat itu.
Assalamualaikum wbt.
Kehadapan mak yang tercinta,pertama sekali
Hajar ingin meminta maaf andai Hajar ada menyakiti hati mak samaada dalam sedar
atau tanpa sedar. Hajar merahsiakan penyakit Hajar kerana Hajar tidak mahu
menyusahkan sesiapa termasuk mak.
Mak..
Hajar teringin nak peluk mak,tapi Hajar tak
tahu sempat atau tidak. Masa untuk Hajar
dah tak lama.. hajar nak peluk mak,sekali pun cukup lah..hajar nak sangat
dengar mak cakap ‘mak sayang hajar’.. tapi penantian hajar telah berakhir.
Mak..
Hajar nak mak tahu hajar sayang mak
sangat-sangat.. hajar minta maaf tak dapat berkhidmat pada mak. Tolong
sampaikan salam Hajar pada kak laila,abang wafi,sarah,aleya,adilah,imah,imran
dan keluarga mak lang. hajar akan pergi jauh tapi,mak dan diaorang semua
sentiasa di hati hajar.
Mak.
Kalau Hajar di beri peluang untuk bernafas lima
minit,hajar nak berada di sisi mak..
Hajar rindu mak. Sekarang hajar nak pergi jumpa
abah dan nenek.
Redhakan segala yang hajar lakukan,halalkan
segalanya.
Anakmu
Hajar Safiyyah
Surat
tulisan Hajar di lipat,Puan Faridah menangis lagi. Saat ini ingin di peluk
Hajar. Adilah memeluk Puan Faridah.dia faham perasaan Puan Faridah,tapi
semuanya telah berakhir.
*
* *
Pusara itu di pandang sayu. Setelah bacan
Yassin dan doa di hadiahkan,Puan Faridah berteleku. Angah telah menceritakan
segalanya. ‘mulianya hati hajar’ monolog Puan Faridah sendirian.
“mak sayang Hajar..” menitis air mata puan Faridah melafazkan
kalimah yang selama ini tersimpan.
Andai dapat di undur masa,dia ingin menebus
segala kesalahan nya. Dia sedar semua itu sudah terlambat.
Angah memandang dari jauh pusara
sepupunya,kehilangan yang amat di rasai.Puan Faridah di pimpin. Mereka
berselisih dengan lelaki yang dari tadi memandang pusara Hajar dari jauh.
Bahunya di tepuk perlahan. Imran,sahabat baik Hajar.
Imran
memandang sayu pusara yang masih merah.dia tidak menyangka secepat itu Hajar
pergi. Cincin di tangan di genggam erat. Lama Imran di sisi pusara Hajar. Hujan
renyai-renyai menyedarkan Imran dari lamunan tentang masa lalu bersama Hajar.
‘hajar..pergimu tiada ganti yang standing
dirimu.’bisik Imran.
Pusara itu di tinggalkan. Doanya akan sentiasa
mengiringi perjalanan Hajar.
-TAMAT-
Tinta ikhlas Salsabila
No comments:
Post a Comment