Halaman

Friday, 20 July 2012

Kekasih2 Saya


Hadirnya satu kebahagiaan
 celoteh mereka menceriakan
 walau kadang memenatkan
 namun kerana mereka lahir sekuntum senyuman..


 tanpa mereka sunyi menjelma
 riang tawa serta canda kanak2 yg baru belajar
untuk mengenal dunia
semuanya ingin di teroka

 

tanpa mereka sunyi terasa..
tanpa mereka hiba singgah di jiwa
kasih yang tercipta
tiada sempadannya


pertalian yang terbina
mana mungkin ada akhirnya
kenakalan kadang mencuit rasa..


hadir mereka satu kurnia
anugerah dari yang maha esa..

 

anugerah yang tak mungkin di persia
syukur atas kehadiran mereka..

 

perpisahan menghadirkan rasa
rasa rindu dari jiwa..
rindu di hati terlukis pada wajah


mereka lah kekasih2 saya
kekasih yang tak pernah lelah menghuni hati..



#Sorry kadang2 makteh tercubit,termarah dan semua 'ter' yang sengaja atau tidak sengaja. 


Tinta ikhlas Salsabila

No comments: