Halaman

Sunday, 22 July 2012

Berakhinya Satu Penantian ::part 2::



  Hajar melangkah masuk , setelah di persilakan duduk oleh doktor yang sebaya mak lang nya,dipandang sekilas tanda nama di baju doktor itu. Dr Fitrah. Minggu lepas dia datang ke klinik ini untuk mengambil ubat,tetapi dia di suruh menjalani pemeriksaan kesihatan. Dia hanya menurut.

 “Assalamua’laikum. Selamat pagi cik Hajar.” Manis senyuman doktor itu.
Wa’alaikumussalam.” Hajar tersenyum kembali.
   



  Hajar menunggu Angah di perhentian bas yang terletak tidak jauh dari klinik,setelah selesai urusannya di klinik sebentar tadi,dia menelefon Angah. Saat ini dia teringat akan arwah neneknya. Hatinya sayu. Telah hampir dua tahun nenek pergi,saat dia menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah Malaysia,nenek meninggalkannya,saat itu semangat nya hilang. Terasa kebahagiaannya di bawa pergi,mujur ada Adilah dan teman-temannya yang lain tidak putus-putus memberikan semangat untuk meneruskan perjuangan.  

   Ingatan Hajar melayang kepada keluarganya yang tinggal di Damansara.Hampir tiga bulan dia tidak bertemu abah . abah selalu datang menziarahinya di sini. Kadang-kadang abah datang bersama adik bongsunya Aleya. Kak Laila sudah tiga tahun di Yaman,abang Wafi kini di Indonesia. Hanya kembarnya Sarah dan Aleya yang tinggal bersama abah dan mak. Dia dan Sarah tidak banyak perbezaannya dari segi fizikal. Kata arwah nenek ,melihat Sarah seperti melihat dirinya juga.


 “Assalmua’alaikum.. lama  tungu? “Angah muncul dengan kamera tersangkut di bahu. Angah tidak pernah berenggang dengan kamera itu,kamera itu juga sumber rezeki angah. Dengan bantuan pak lang,Angah kini mempunyai kedai gambar sendiri.
   “tak lama sangat. Angah dari mana? Maaf lah Hajar menyusahkan Angah. Angah jugak tak bagi ambil teksi.cekik darah kan.”
Hajar tersenyum mengingatkan pesanan Angah dulu.

 “Hajar dah makan? Jom Angah belanja..” laju langkah Angah menuju ke kereta Proton Saga berwarna putih yang di parkir tidak jauh dari tempat Hajar menunggu.





    Hajar menggenggam erat sampul yang berisi keputusan ujian kesihatannya. Dia tidak pernah menyangka dalam usia semuda ini dia menghidap salah satu penyakit berbahaya. Saat ini dia terbayang wajah kasih nenek,kalau nenek masih hidup pasti akan di luahkan kesedihan yang tidak tertanggung ini.



  Hajar teringat sahabat baiknya,Adilah. Telefon bimbit di sebelah di genggam erat. Telefon bimbit pemberian Angah di pandang lagi. Dia masih teragak-agak untuk menelefon sahabat baiknya itu,tetapi di saat ini dia sangat memerlukan seseorang untuk meluahkan segala beban yang terpendam. Hajar tahu Allah sedang mengujinya,tapi dia berasa yang dia belum cukup kuat untuk ujian seberat ini. Masih ada yang di harapkan dalam hidup ini sebelum dia pergi menghadapNya. Dia masih menanti,menanti lafaz kasih dari mak.

  No Adilah di dail.
Assalamua’alaikum. Hajar?”
     “wa’alaikumussalam Dila..”  ada sebak di hujung suara itu.
hajar,kau ok ke ni?”
     “dila,kau sayang aku tak?”
  Adilah tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabatnya itu.
 “hajar,cuba kau cerita dekat aku. Aku tahu kau ada masalah.kau tak pernah call aku lewat malam macam ni. Kenapa dengan kau?”
“aku ganggu kau ke?”
   “apa pulak kau cakap macam tu.. kau kan kawan aku dunia akhirat. Kau gaduh dengan Farhana lagi ke?”
“tak Dila.. aku.. aku sakit.”  Air mata Hajar sudah bertakung di kelopak mata.
“ kanser hati. Kau tau kan abah aku pun hidap penyakit yang sama. Aku tak lama lagi Dila..”
   “Hajar,kau jangan bergurau pasal ni.” Adilah sudah tidak keruan.
betul..buat apa aku nak tipu kau..kau tolong rahsiakan hal ni . aku tak nak menyusahkan sesiapa.”
      “mana boleh macam tu,kau kena berubat. Keluarga kau pu tak tahu?” adilah menahan sebak di dada. Lepas satu,satu ujian yang melanda sahabatnya itu.
   “tak apa Dila. Dapat kongsi debgan kau pun dah ringan beban aku..”
 Adilah tersenyum pahit,dia tahu sahabatnya ini seorang yang degil. Tidak guna dia menasihati,kalau itu kata Hajar,tiada yang boleh mengubah.
 “Dila..aku minta maaf ganggu kalu lewat malam macam ni..”
“Hajar,kau jangan la cakap macam tu.. kau buat aku bertambah sedih tau..”
 
 Setelah berbual agak lama,Hajar meminta diri. Terasa ringan beban yang di tanggung. Dia merenung putaran kipas di siling. Hajar terlena dengan lafaz kalimah Allah yang di ajarkan nenek sebelum melelapkan mata.



                          *                           *                        *

   Pagi-pagi lagi Imran sudah datang ke kafe Mutiara,tersenyum-senyum sejak tiba. Hajar dapat meneka pasti ada berita gembira dari Imran,Imran yang dia kenal tidak pandai berahsia,segalanya zahir di air muka Imran.

kau menang peraduan ke?” Hajar mengusik temannya itu.
   “aku dapat sambung master dekat Australia. “ terang Imran. Hajar terdiam,hatinya sayu. Selepas ini pasti sunyi tanpa usikan dari anak muda itu.
    “kenapa Hajar? Kau tak nak tumpang gembira ke?”
  “aku tumpang gembira. Tapi lepas ni mesti aku rindu dekat kau.” Imran ketawa dengan jawapan Hajar.
kau ni..gelakkan aku pulak.” Hajar menggigit bibir tanda geram.
   “aku bukan pergi duduk sana terus.. nanti aku balik lah melawat kau.. senyum la sikit.”  Imran masih mengusik Hajar. Dia akui,dia juga pasti akan merindui Hajar.




  Surat khabar di letakkan di meja .Haji Rahim mengambil cawan yang di suakan isterinya Puan Faridah. Di hirup perlahan teh yang masih panas. Isterinya di sebelah di pandang.

 “kenapa abang pandang saya macam tu?”
“idah.. abang nak ajak Hajar tinggal dengan kita. Dia kan anak kita,kenapa nak biar dia tinggal dengan orang lain?”
   “orang lain apanya bang,Idrus tu kan abang kandung abang.”
“kita ni ibu dan ayah kandung Hajar.”
    “saya tak nak bang. Biar lah dia tinggal dengan keluarga abang Idrus. Saya tengok elok je dia tinggal sana. Abang lupa ke apa kata mak su Senah?”
  Haji Rahim menggeleng. Kedegilan isterinya ini diwarisi Hajar dan Aleya.
 “tak payah la percaya semua tu idah.”
“jadi abang fikir mak su Senah tu menipu? Dia tu kan ibu saudara abang,takkan dia nak tipu?”
   “syirik kalau percaya benda macam tu.”
“apa pulak macam tu bang,mak su Senah tu orang surau tau bang. Dia bagitahu untuk kebaikan kita.”
    
Haji Rahim menggeleng perlahan,tidak sangka isterinya termakan kata-kata ibu saudaranya 19 tahun yang lalu.sedangkan dia tidak nampak di mana kebenaran kata-kata adik arwah ibunya itu. kenangan lalu mengusik mindanya.

 

  “Bertuah kamu dapat dua sekali.”  Mak su Senah mengurut perlahan betis Puan Faridah.
tapi penat lah sikit mak su. “ Puan Faridah tersenyum memandang dua bayi perempuan yang nyenyak tidur di sebelahnya. Hajar Safiyyah dan Sarah Hanani. Nama yang di pilih dia dan suaminya.

  “mak su ada benda nak bagitahu kamu.”
“apa mak su?”
     “ini perasaan mak su la,terpulang pada kamu nak percaya atau tidak. Kembar ni tak boleh tinggal bersama. Salah seorang ni akan menyebabkan nasib malang menimpa kamu sekeluarga.” Kata mak su Senah sambil melirik kepada Hajar.
Puan Faridah mula tidak sedap hati,dia turut memandang ke arah bayinya.
  “mak su bukan suruh buang,Cuma pisahkan. Mak su dapat rasa sesuatu yang buruk.” Mak su  Senah menyudahkan urutan di kaki Puan Faridah.




 “saya taknak bang. Biarlah dia di sana.”
    “apa salah dia idah?”
Haji Rahim terbatuk perlahan. Kalau boleh dia ingin melihat keluarganya bersatu sebelum dia pergi,masa yang tinggal untuknya Cuma sedikit. Penyakit yang menyerangnya sudah di tahap kronik. Selagi dia tidak menyatukan kasih isterinya dan anaknya Hajar,hatinya berasa tidak tenang.
Batuk Haji Rahim makin menjadi-jadi. Puan Faridah menggosok perlahan dada suaminya.
Suaminya agak cengkung .setiap kali suaminya makan,pasti ada yang di muntahkan balik.

   Haji Rahim sudah terkulai di sebelah Puan Faridah. Panik Puan Faridah,dia memanggil nama suaminya berkali-kali namun tiada balasan. Telefon di sisi di capai lantas di dail no Sarah.


   
    Selesai majlis tahlil untuk Haji Rahim. Hajar berteleku sendirian di kolam ikan buatan di rumah arwah abah. Menurut adik nya Aleya kolam ini di bina sendiri oleh abah. Walau kenangan nya bersama abah terlalu sedikit kerana jarak yang memisahkan mereka,tapi kasih abah dekat di hati Hajar.

  Adilah yang baru sampai petang tadi merenung Hajar dari jauh. Dia bersimpati dengan Hajar. Orang-orang yang mengambil berat keadaan Hajar telah pergi meninggalkan Hajar. Adilah menghampiri Hajar,Adilah mengerti kehilangan yang di rasai oleh Hajar.di tepuk bahu Hajar perlahan. Dia mengesat air mata di pipi Hajar lantas di peluk sahabatnya untuk meminjamkan kekuatan.







Tinta ikhlas Salsabila

No comments: