Assalamualaikum.
Unplanned vacation sangat. 12oct-15oct,pagi isnin baru sembang2 kosong tengahari da bertolak walaupun memang Langkawi satu2nya ada dalam list tempat nak pegi sebelum balik Sabah sebab pegi yang pertama kali dulu tak sempat jejak suma tempat. Da sebulan baru nak share bajet itupun sebab ada yang pm tanya pasal bajet kesuluruhan. Tapi bajet yang keluar ni bukan musim cuti jadi ada banyak penjimatan dah disitu.
Parking kereta Kuala kedah untuk tiga hari 20X3=rm60
Tiket feri dari Kuala Kedah pergi balik untuk dua orang (Amani free) 46x2=rm92
Landcons hotel (pantai chenang) rm140/nett 140x2=rm280
De Baron Resort (pekan kuah) 150/nett 150x1=rm150 (seram sikit kami di bangunan lama,macam kami je menginap sebab sunyi sangat,lobi pun suram sepi takda orang)
Kerete sewa 50/sehari 50x3=rm150
Untuk hotel,kereta sewa,aktiviti kami amik sesiap di jeti kuala kedah sampai Langkawi menyesal sebab kalau amik di jeti langkawi lagi bole jimat banyak sebenarnya salah satu contoh kereta sewa rm40/sehari,pastu servis tak memuaskan sebab lambat datang janji keta viva auto tetiba dapat waja manual tak lawa then boleh pulak hari last guna kereta buat hal nasib baik hari last kami takda plan jalan mana2 tengahari terus balik.
Snorkling,berbaloi sangat amik sebab puas hati 150x2=rm300
Island hoping (tasik dayang bunting,eagle feeding & pulau beras basah) 35x2=rm70
Feri ke Pulau Layar almost 1h,boring sikit tapi best la kalau duduk luar amik angin selfie2 tapi dengan Amani takyah mimpi.
Kan da cakap best snorkling air cantik takyah selam2 nak tengok ikan.
Malam takda jalan memana sebab langkawi sunyi kecuali nak lepak tepi pantai tapi macam tak sesuai kalau dengan Amani. Lepak dataran helang boleh la sebab malas pegi siang2 sebab takmo berpanas :P
Tasik dayang bunting .
Sewa yang kayuh2 tu rm30/1h.
Berbaloi la penat mendaki walaupun tak tinggi tapi jauh gakla untuk preggy mommy 6m++
Di pulau beras basah malas da mandi sebab hari sebelum tu da puas snorkling & berendam dari jam 10am-3pm. Sebab tu puas hati amik pakej ni sebab sempat la burn satu family padan muka balik2 hitam.
Langkawi Wildlife Park 18x2=rm36
Amani free
Puas hati jugak sebab berbaloi dengan harga yang dibayar.
Langkawi cable car 20x2=rm40
Amani free lagi.
Shopping coklat (sahaja) rm200
Makan minum, minyak dan makanan ringan boleh bajet ikut hati tapi memang murah2 makanan sini :)
Sekian dari kami yang happy :)
Moga sedikit sebanyak boleh membantu. :)