Halaman

Sunday, 1 February 2015

Nasi Ayam Aeon BIG Food Court

Hari jumaat semalam habis cuci mata dengan duit di Mums & Babies Expo Sunway Carnival terus rasa lapar padahal masa shopping takda pun perasaan tu tapi tengok dah jam 1 tengahari memang tak sempat la somi nak pegi solat jumaat dahla kami makan ikut giliran ,jadi kami decide somi pegi solat jumaat dulu.

Dah habis solat semua bincang nak makan dekat mana,somi ok ja kalau nasi campur tapi kalau bagi aku dah jam 2 lebih ni nasi campur mesti lauk dah sejuk dahla tengah lapar tahan perut pagi sebelum pergi tu makan ala kadar je sebab teruja nak pegi expo tu sampai hilang selera makan. Terus terbayang tomyam panas2 dengan kailan ikan masin,cari punya cari kedai yang thai asli tak jumpa ada pun yang baru buka baru lepas susun kerusi meja kot,somi bagi cadangan pegi Aeon Big Seberang Jaya,sebab mesti dia malas nak pusing pusing cari kedai dengan perut berkeroncong,aku teka ja. Walaupun dah tau takkan dapat kedai tomyam yang best tapi dah lapar sangat ikut jela.

Dah settle aku solat zohor dulu semua,cari kedai tomyam kat food court Aeon Big memang nasib tak menyebelahi sangat kedai tomyam tutup kecewa, terpaksa la pilih menu lain tiba tiba boleh terpandang gambar nasi ayam dengan ayam disiram kuah meleleh selera sangat nampak terus cakap dengan abah Amani nak makan nasi ayam la tapi takmo nasi ayam KFC nak nasi ayam asli ada salad timun.

Dekat kaunter aku blurr nak pilih yang mana sebab ada nasi ayam berempah,nasi ayam panggang,nasi ayam black pepper,nasi ayam special dan banyak lagi aku rasa lebih 10++ jenis kot tanya la makcik tu apa yang femes and selalu orang pilih ea dia cakap nasi ayam berempah atau panggang atau black pepper. Aku nak pilih black pepper atau berempah tapi sebab nak suap Amani penyebok tu jadi amik la nasi ayam panggang. Dua kali aku tanya yang ni eh sedap?

Aku mintak nasi lebih sikit untuk Amani,suku je ditambah tapi charge RM1,biarlah aku cuba faham sewa kedai mahalll. Pastu kecewa sikit la tengok ayam dia macam tak padan dengan harga RM7,aku buat buat faham lagi ok sewa kedai mahal kat sini. Aku suap dulu Amani nasi kosong dengan sup sebab nasi tu sejuk,sup jela suam2 sikit sikiiiit ya kecewa lagi,sementara tunggu abah Amani pilih menu dia,sekali aku sentuh ayam terus hilang selera sebab sejuk gila baru keluar dari peti ais,kalau gini baik balik rumah goreng telur taruh kicap lagi nikmat. Sedih sangat tau,kalau harga dan portion kecik dan sikit tu aku boleh faham dan terima la sewa situ mahal tapi kalau sampai ayam sejuk baru keluar peti ais tu aku sakit hati la. Berniaga biarlah jujur biar orang beli puas hati dan kualiti sama dengan harga,haishh macam nak pegi balik dekat kaunter pastu komplen tapi malas nak cari pasal. Makan jela dngan redha tapi tak habis tak sampai setengah pun aku makan ayam pun tak habis sebab keras. Pastu dalam kereta duk meratib dekat somi apasal la aku tak pilih nasi ayam KFC yang takda timun tomato tu.

Cc: Makcik Google

Disebabkan sakit hati dengan nasi ayam semalam,aku rasa macam nak kena qadha,tapi masak sendiri kot biar puas hati,kalau tak sedap sakit hati kat diri sendiri kurang la sikit dosa aku sebab kalau beli pastu tak sedap duk mengumpat tukang jual. Aku makan tutup mata sambil zikir oii bertuah la ada makanan untuk di makan,kat Somalia nun depa mati kebuluran,bersyukur sikit,tu yang habis jugak setengah pinggan.


Tulis secara tulus
 -Salsabila

No comments: