2011 sudah tiba di penghujungnya,cuba ambil sedikit masa untuk mengimbas kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang 2011.. Yang baik diteruskan sebagai amalan,yg buruk dijadikan teladan dengan azam untk tidak mengulanginya lagi.
Penghujung tahun dipenuhi dengan jemputan majlis perkahwinan,kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga saya mendoakan semoga sentiasa dalam mawaddah dan rahmah Allah s.w.t.
Perkahwinan menutup salah satu pintu fitnah bagi seorang lelaki dan wanita muslim,dengan perkahwinan hati lebih terpelihara dan terhindar daripada zina mata,hati dan jasad. Tanggal 25 disember yang lalu,saya berkesempatan menghadiri majlis pekahwinan sahabat baik saya walaupun agak terkilan kerana tidak dapat hadir ketika majlis akad nikah. Alhamdulillah dengan sekali lafaz dia sudah selamat menjadi seorang isteri dalam usia yang masih muda. Mendirikan runah tangga pada usia yang muda memang satu cabaran,andai tersalah langkah mungkin rebah.
Selamat pengantin baru khadijah & osman
Agak terharu apabila mengenangkan sahabat yang dikenali sejak zaman kanak-kanak kini telah pun selamat mendirikan rumah tangga.
Bagi kaum wanita,untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Hal ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w
"sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu solat lima waktu , puasa pada bulan ramadhan,menjga maruah dan taat pada suami maka masuklah mana2 syurga yang ia kehendaki"
Si comel yang dulu comot ,kini telah menjadi seorang isteri :)
Semoga rumah tangga kalian dilimpahi rahmat dan sakinah. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. ameen..
selamat pengantin baru !